Rahsia Langsing Sepanjang Hayat

Dapatkan e-buku percuma rahsia bagaimana anda boleh langsing sepanjang hayat. klik pada link di bawah ini. Rahsia Langsing Sepanjang Hayat!


Percuma Rahsia Pemasaran SMS

Siapa lagi yang ingin tahu rahsia bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya menggunakan teknik pemasaran SMS secara percuma. Klik pada link di bawah ini. Percuma Rahsia Pemasaran SMS !

1smscafe2u.net

7 sebab kenapa memilih Worldwellness Network

Filed Under (mlm) by on 25-07-2010

rx lite dan worldwellness

rx lite dan worldwellness

Di antara syarikat MLM yang semakin terkenal sekarang ini ialah Worldwellness Network.
Di sepanjang 7 tahun WWN bertapak keahlian mencecah 50,000 orang tetapi dengan pelancaran produk pelangsingan badan Rx Lite di dalam jangkamasa tidak sampai setahun pertambahan keahlian meningkat lebih 40,000 orang.

Ada 7 sebab kenapa WWN atau Worldwellness Network sekarang ini menjadi pilihan sebagai landasan menjana pendapatan sampingan melalui Network Marketing.

1) Syarikat WWN memasarkan produk yang merupakan produk-produk yang mendapat perhatian pada masa ini. Trend semasa di Malaysia adalah produk-produk yang berkaitan dengan 3 topik iaitu pelangsingan, penapis air dan minyak wangi. WWN memasarkan dengan jayanya 2 produk trend semasa iaitu produk pelangsingan badan Rx Lite dan juga produk penapis air berjenama Rx Water yang di berikan nafas baru denga pelancaran All The New Rx Water. Rx Lite mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei kerana harganya yang amat berpatutan, rasanya yang sedap dan reputasi Dato Dr Nordin Darus itu sendiri. Malahan Rx Lite produk pelangsingan badan yang terkenal ini sudah mula mendapat permintaan di Indonesia, India dan Eropah.

2) WWN merupakan satu syarikat MLM yang berani mengikut arus dan peredaran masa dengan memperkenalkan konsep e-dagang di dalam sistem pemasarannya. Pengguna dan ahli secara tidak langsung tidak perlu keluar ke rumah untuk membeli produk. Mereka boleh saja login ke dalam member area di dalam laman web WWN untuk membuat tempahan. Produk akan terus sampai ke rumah. Inilah konsep home based business yang sebenarnya. Ahli juga boleh memiliki laman web e-dagang WWN dengan langganan RM20 untuk setahun. Laman web ini membolehkan ahli untuk menaja ahli baru dan menjual produk dengan menggunakan internet semata-mata. Di samping itu WWN juga memperkenalkan produk dan menyebarkan aktiviti syarikat melalui laman web social seperti Facebook dan Twitter. Oleh itu mesej yang ingin di sampaikan dengan cepat akan sampai kepada pengguna dan ahli ini kerana laman web Facebook dan twitter membolehkan ahli berkongsi maklumat dengan cepat. Contoh laman web e-dagang WWN ialah http://naznina.worldwellness.com.my

3) WWN juga menyediakan sistem pengiklanan untuk membantu ahli-ahli memasarkan produk seperti Rx Lite dan All The New Rx water di seluruh Malaysia. Platform yang disediakan seperti pengiklanan satu muka surat di dalam akhbar harian seperti Harian Metro, Kosmo dan Sinar. Ahli boleh mendaftar dan memasukan nombor telefon mereka dengan hanya modal RM100 ke RM200 untuk 4 atau 8 kali keluaran di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia. Dengan itu, ianya dapat membantu pengedara mendapatkan ahli dan pelanggan baru.

4) WWN adalah syarikat yang sudah stabil kerana telah beroperasi lebih daripada 7 tahun. Malahan pada tahun 2011 bangunan baru WWN akan siap di PJ Commercial Center. Ianya merupakan satu permulaan yang baru buat WWN. Worldwellness juga telah di nobatkan di antara 50 syarikat MLM terbaik di Malaysia baru-baru ini. Senarai penuh 50 syarikat MLM terbaik di Malaysia boleh di perolehi di laman web www.bestmlm.com.my . Ini membuktikan WWN adalah merupakan syarikat yang berwibawa dan tergolong di dalam syarikat terbaik di Malaysia pada masa ini.

5) WWN memasarkan produk yang berkualiti. Di antara cerita WWN yang tidak terdapat di dalam syarikat MLM yang lain ialah kerana ianya di tubuhkan di atas dasar sembuhnya Dato Dr Nordin Darus daripada penyakit leukimia yang di alaminya melalui pengamalan Rx Water. Oleh itu kualiti produk-produk yang di keluarkan mesti di pastikan kehebatannya di dalam membantu meringankan sakit kepada pengguna. Sudah terbukti produk seperti Rx Lite berkesan di dalam pelangsingan badan, Rx Water berkesan di dalam memberikan tahap kesihatan yang sempurna manakala Rx Tra boleh membantu memulihkan sel-sel di dalam badan.

6) Pelan pemasaran WWN amat sesuai bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada pemimpin MLM yang ingin melakukan bisnes ini secara sepenuh masa. Sebagai contoh Fast Track plan adalah pelan yang memberikan pulangan di peringkat awal di mana 82% di berikan di 4 generasi yang pertama iaitu 30% di generasi pertama, 10% di generasi kedua, 30% di generasi ketiga dan 12% di generasi ke empat. Manakala Master Plan adalah pelan jangka panjang yang mampu memberikan pendapatan residual kepada sesiapa yang menjalankan bidang keusahawanan bersama WWN.

7) Sistem pembelajaran yang tersedia ada. Di dalam WWN ahli di wajibkan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 2 modul latihan asas iaitu Rx Basic yang di adakan selama 1 hari dan Rx Power yang di adakan selama 2 hari 1 malam. Dengan adanya sistem pembelajaran yang mantap, ahli-ahli akan lebih mantap di dalam menjalankan aktiviti penajaan dan penjualan.

Inilah 7 sebab kenapa WWN menjadi salah satu syarikat MLM yang sedang berkembang pesat sekarang ini . Di Smart Success Network kami menyediakan support sistem tambahan kepada ahli-ahli yang bernaung di dalam SSN iaitu sistem laman web replika ahli dan juga Web seminar mingguan di internet . Web replika adalah seperti web Projekcopycat dengan klik di sini.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Roadshow Rx water di Utara – Julai 2010

Filed Under (rx water) by on 08-07-2010

Mulai Isnin sehingga Rabu yang lepas, telah di adakan roadshow All the New Rx Water di Utara.

Program bermula pada hari Isnin jam 8:30 mlm di Safira Club, Seberang Jaya. Kehadiran amat menggalakan.
Bermula saja pada jam 9:00 mlm memang sudah full pax di dalam dewan seminar di Safira Club.

Selain daripada ilmu tentang All The new Rx water yang berjaya di ceduk oleh para hadirin pada malam tersebut, kami juga mendapat persetujuan WWN untuk mengadakan Rx Basic di Pulau Pinang secepat mungkin kerana permintaan untuk menjadi mobil stokis begitu hangat sekali.

Pada hari Selasa saya dan rakan-rakan turut menyertai Roadshow All the new Rx water di Emerald Hotel di Sungai Petani. Ada 3 orang rakan niaga di Sungai Petani yang bernaung di dalam Smart Success Network turut hadir …

Hari Rabu program aku memang pack … bertolak ke Alor Star dalam jam 6 petang dengan 2 orang rakan niaga lagi. Sampai di Hotel Seri Malaysia, Alor Star untuk solat maghrib dan terus pergi malam dulu di restoran berhampiran hotel. 3 orang lagi rakan niaga di Alor Star ikut serta sampai ke hotel.

Seminar bermula agak lambat bagi menanti kehadirin lebih ramai orang …

Selesai 3 malam berturut2 menimba ilmu tentang All The New Rx Water di Utara. Hampir lebih daripada 50 orang rakan niaga turut sama mendengar seminar tersebut di 3 buah tempat terutama sekali di Safira Club yang penuh sesak dengan ahli-ahli WWN dalam Smart Success Network.

Salam Sukses !

roadshow all the new rx-water

roadshow all the new rx-water

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

3 tips menyedapkan minuman Rx Lite produk pelangsingan Dato Dr Noordin Darus

Filed Under (rx lite) by on 29-06-2010

Rx Lite produk pelangsingan formula daripada Dato Dr Nordin Darus sudah amat terkenal pada masa ini sejak di lancarkan pada November 2009.

Kombinasi kandungannya termasuk Asam Keping untuk menahan lapar dan membakar lemak, L-Carnithine untuk membakar lemak, DND fiber iaitu fiber terpilih yang memberikan rasa kenyang, dan pelbagai ramuan lagi yang membantu ramai pengguna merealisasikan impian bentuk badan yang ideal.

Walaupun produk ini, Rx Lite, sudah mempunyai rasa yang lazat dan enak kerana ianya mengandungi perasa koko jadi rasanya seperti minuman koko yang lain seperti milo. Rasanya yang sudah biasa di terima pengguna, maka amat ramai sekali pengguna yang mencari-cari produk ini di pasaran.

Untuk lebih menyedapkan lagi Rx Lite ini anda boleh melakukan 3 tips di bawah ini untuk menikmati Rx Lite pada kadar yang optimum seolah-olah anda bukan saja minum untuk mendapat bentuk badan yang ideal tetapi anda minum kerana ingin menikmati sedapnya Rx Lite !

Tip pertama : Anda boleh minum Rx Lite samada panas atau sejuk. Jika di minum panas untuk mendapat aroma dan rasa koko yang sebenar bancuh Rx Lite dalam cawan teh. Jadi rasanya akan lebih enak, pekat dan lazat. Tuangkan air panas maka anda mengambil sarapan pagi Rx Lite yang cukup menaikkan aroma koko di dalam nya ! Alangkah enaknya jika minum di waktu pagi di dalam cuaca yang sejuk dan berkabus …. Jika anda ingin mengambilnya secara sejuk, masukkan ketul ais ke dalam gelas yang sudah di bancuh dengan Rx Lite.

Tip kedua : Oleh kerana Rx Lite boleh di minum secara sejuk, kenapa tidak anda buatkan ais blended Rx Lite. Wah … memang lazat. jadi anda sendiri tidak terasa seperti minum untuk langsing tetapi anda juga dapat menikmati kelazatan Rx Lite ais blended.

Tip ketiga : Jika anda menggunakan Shaker yang diberikan di dalam setiap 1 set Rx Lite (2 kotak) anda boleh bancuh Rx Lite bersama Air kacang Soya. Memang lazat bagi penggemar air kacang soya. Di samping itu ia juga boleh mengenyangkan si pengguna. Jika anda suka minum susu, tambahkan susu rendah lemak ke dalam Rx Lite yang sudah di bancuh.

Kenapa tidak anda mencuba pelbagai kaedah lagi bagi menyedapkan Rx Lite yang anda minum. Nak lebih berkhasiat . Cuba blended kurma yang sudah di buangkan bijinya dan selepas kurma hancur tuangkan bancuhan Rx Lite ke dalam blended dan blend bersama …. anda dapat minuman Rx Lite dengan Jus Kurma . Berkhasiat lagi ….

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Usaha berterusan mengapai kejayaan

Filed Under (motivasi) by on 27-04-2010

Sejak pertengahan bulan Januari 2010, aku memulakan langkah baru dengan menyertai Worldwellness Network kerana berminat dalam memasarkan produk pelangsingan terbaru daripada Dato Dr Nordin Darus iaitu Rx Lite.

Kalau dulu syarikat ini aku kenali kerana produk Rx water sahaja. Oleh kerana trend semasa yang amat cenderung kepada produk kecantikan dan slimming aku memberanikan diri untuk terjun ke dalam bisnes ini. Lagi pun aku dah tidak ada jalan lain lagi …. .

Komisen bulan Januari tidak lah banyak, tetapi ianya menyakinkan aku ianya satu bisnes yang berpotensi. Kali ini tak ramai leader-leader MLM yang join , tetapi rata-rata adalah pengguna dan juga middle leader yang nak kan pendapatan sampingan . Majoriti orang yang baru nak berjinak dengan industri MLM.

Hujung April ni, dah 3 bulan setengah aku di WWN, dah lebih daripada 500 orang ahli yang menyertai aku di Worldwellness. Di antara produk yang amat laris selain daripada Rx Lite ialah Rx Coffee, Rx 17 dan Rx Water.

Dalam jangkamasa 3 bulan setengah banyak kesabaran dan usaha gigih yang mesti di lakukan sehingga mencapai jaringan ke tahap ini yang masih lagi baru nak bermula …

Aku nak kongsikan dengan anda semua sebuah kisah tentang seorang jurujual yang cacat dan bagaimana beliau yang berusaha dengan gigih dan penuh kesabaran akhirnya menjadikan beliau jurual terbaik di sayarikatnya … (kisah benar tentang Bill Porter di dalam Watkins)

Bill Porter Door to Door (Kisah tentang Usaha Gigih dan Kesabaran)

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

4 langkah memperolehi apa yang anda inginkan

Filed Under (motivasi) by on 06-01-2010

Satu ketika dahulu saya sudah membaca sebuah buku iaitu “The Conversation With Millionaires” yang di tulis oleh Mike Litman. Buku tersebut adalah koleksi daripada temubual beliau dengan beberapa jutawan yang terkenal seperti Jim Rohn dan Mark Victor Hansen.

Tahun ini sekali lagi saya membaca buku tersebut untuk mendapatkan semula tips dan informasi yang terdapat di dalam buku itu yang memang padat dengan tips yang amat berguna.

Di antara yang dapat saya tuliskan di sini adalah tentang 4 langkah yang di ceritakan oleh Mark Victor Hansen untuk mendapatkan apa yang anda impi-impikan di dalam kehidupan anda.

Berikut adalah ringkasan 4 langkah tersebut :

1) Langkah Pertama – Pastikan apa yang anda inginkan

Anda perlu mengambil keputusan yang tepat dan pasti tentang APA yang ANDA INGINKAN di dalam kehidupan anda. Pastikan ianya adalah perkara yang anda memang PASTI anda inginkan. Ramai orang yang tidak pasti apa sebenarnya yang mereka inginkan di dalam kehidupan mereka. Dan akhirnya mereka gagal untuk fokus ke arah apa yang mereka inginkan. Bertanya kepada diri anda 5 kali KENAPA sehingga anda itulah yang anda inginkan sebenarnya.

2) Langkah Dua – PASTIKAN anda menulis apa yang anda inginkan

Impian dan cita-cita yang tidak di tulis adalah angan-angan semata-mata. Jika anda menulis impian anda maka ianya akan menjadi satu matlamat yang akan anda FOKUS di dalam kehidupan anda. Jadi ambil masa dan kesempatan untuk menulis apa yang anda inginkan di atas kertas.

3) Langkah Tiga – Gambarkan apa yang anda inginkan di dalam minda anda

Selepas anda pasti apa yang anda inginkan dan menulisnya di atas kertas, kini tiba pula masanya untuk anda gambarkan impian anda di dalam minda anda seolah-olah ianya satu kenyataan. Jadikan impian anda gambaran kenyataan di dalam minda anda. Ini kerana minda separa sedar anda tidak tahu yang mana hanya gambaran dan yang mana kenyataan.

4) Langkah Empat – PASTIKAN anda mempunyai team ataupun Mastermind group

Di dalam buku “Think and Grow Rich” daripada Napoleon Hill beliau menyebut mempunyai Mastermind group adalah kunci kejayaan yang sebenar. Team ataupun kumpulan inilah yang akan membantu anda merealisasikan impian anda. Tanpa kumpulan yang jitu dan padu, impian anda mungkin tidak akan terlaksana.

Saya berharap anda dapat sedikit sebanyak ilmu daripada ringkasan di atas. Di dalam perniagaan internet Worldwellness / RX Lite, saya juga membina kumpulan yang mantap di bawah naungan PROJEK COPYCAT.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

7 kaedah promosikan perniagaan MLM anda di internet

Filed Under (buat duit) by on 03-01-2010

Anda nak buat duit di internet dan menjana pendapatan sampingan hanya menggunakan internet? Ya, memang tidak mustahil. Di antara yang popular ialah dengan memasarkan produk syarikat MLM ataupun jualan langsung melalui internet.

Ini kerana anda tidak lagi perlu bimbang dengan lain-lain perkara selain daripada memikirkan bagaimana untuk mempromosikan web dan produk anda di internet. Lain-lain perkara seperti menyediakan produk, bonus, komisen dan pekerja sudah di lakukan oleh syarikat MLM atau jualan langsung yang anda wakili.

Apa yang anda perlu fokus dan tumpukan ialah dengan melakukan promosi. Di sini saya ingin memperkenalkan 7 kaedah mempromosikan laman web atau perniagaan MLM anda secara percuma di internet.

1) Kaedah pertama dengan menulis di blog.

Anda boleh menggunakan platform blogger.com atau wordpress.com . Walaubagaimanapun cara yang terbaik ialah dengan mempunyai bog anda sendiri yang di hosted kan di dalam web anda. Anda boleh mempunyai web dan blog sendiri jika anda memiliki tapak web yang boleh di dapati dari GVO.

Selepas anda mempunyai blog, selalu menulis di dalam blog anda. Paling minima 1 minggu sekali. Setiap kali anda membuat update pastikan anda ping blog anda untuk memberitahu search engine bahawasanya anda mempunyai kandungan baru di dalam blog anda dan SE akan index kan blog page anda. Ping service adalah seperti pingoat.com .

Teruskan aktiviti menulis di blog anda dan pastikan anda menggunakan kata kunci yang di cari pengunjung di internet.

2) Micro Blog Menggunakan Twitter

Twitter amat berguna untuk di jadikan sebagai tool untuk memberikan followers anda update tentang perkara-perkara berkaitan perniagaan anda. Twitter adalah seperti menghantar SMS di internet kerana anda hanya di benarkan membuat penulisan yang pendek sahaja. Dapatkan akaun twitter, mula follow tweet orang lain dan terus menerus menghantar tweet yang berguna dan berfaedah.

3) Social Media

Dapatkan prospek dan rakan melalui laman web social media untuk bisnes anda. Di antara yang terkenal ialah Facebook, MySpace dan LinkedIn . Sertai groups di dalam laman web social media untuk membina jaringan rakan-rakan di sana.

4) Social Bookmark

Anda boleh gunakan perkhidmatan social bookmark untuk bookmark blog dan web anda. Juga blog rakan-rakan dan web yang anda lawati dan ianya menarik minat anda. Gunakan social bookmark setiap hari. Di antara yang terkenal ialah digg , reddit, stumbleupon dan faves . Daftar di kesemua social bookmarking site yang terkenal.

5) Video Sharing Site

Upload video yang anda buat ke dalam laman web seperti Youtube dan metacafe . Video amat di minati sekarang dan Youtube adalah di antara laman web yang paling ramai mengunjungi setiap hari. Buat video yang hebat dan berkesan. Mungkin perlu ada unsur-unsur kelakar.

6) Content Sharing site

Menulis di Squidoo dan Hubpages tentang produk dan bisnes anda. Perlu di ingatkan di hubpages anda MESTI menulis di dalam English sahaja.

7) Forum dan Komen di dalam Blog

Daftar di dalam forum yang berkaitan dengan apa yang anda lakukan. Lakukan post yang membina dan memberi manfaat kepada pengunjung forum. Anda boleh membuat promosi dengan menggunakan signature file di dalam setiap post yang anda tulis di dalam forum tersebut.

Layari blog rakan-rakan dan empunya blog yang mempunyai perkaitan dengan apa yang anda promosikan. Jika anda terjumpa post ataupun penulisan blog yang bagus berikan komen yang membina kepada mereka. Di dalam komen anda boleh masukkan link URL laman web  anda. Lakukan berterusan.

Semoga anda sukses di dalam perjalanan membina empayar MLM di internet. Begitu juga saya yang sedang membina satu lagi empayar MLM di internet selepas menyepi selama 2 tahun di arena ini. Kini saya bersama Worldwellness / RX LITE. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Petua buat duit MLM di internet

Filed Under (buat duit) by on 02-01-2010

Ramai yang berminat menjalankan perniagaan MLM dengan menggunakan kaedah internet. Memang tidak di nafikan ramai yang berjaya buat duit MLM di internet tetapi ramai juga yang gagal kerana mereka tidak tahu selok belok bagaimana menjalankan perniagaan MLM di internet.

Trend semasa di Malaysia adalah dengan adanya begitu banyak laman web autodownline yang di bekalkan oleh team masing-masing untuk menarik minat pengguna dan usahawan MLM untuk menyertai jaringan mereka. Secara kasarnya jika anda hanya menggunakan internet, majoriti yang sukses dan berjaya adalah empunya sistem autodownline tersebut. Ini kerana mereka adalah pemilik web itu dan kesemua senarai nama yang masuk untuk mendapatkan maklumat adalah hak mereka akhirnya.

Untuk berjaya di dalam menjalankan perniagaan MLM di internet atau secara online anda MESTI memiliki laman web anda sendiri yang boleh mendapatkan senarai nama prospek atau pengunjung yang menyertai web anda. Selepas anda mendapatkan informasi prospek anda melalui laman web anda barulah anda berikan kepada mereka URL link ataupun web autodownline team yang anda sertai.

Web yang perlu anda ada hanya satu web page yang begitu simple atau mudah yang lebih di kenali sebagai Lead Capture Page. Ada juga yang memanggilnya Squeeze Page , Landing Page ataupun Gateway Page. Tugas atau objektif web ini adalah hanya untuk mendapatkan maklumat prospek dan kemudian anda direct kan prospek anda kepada web autodownline anda.

Selain daripada laman web lead capture page, anda MESTI mempunyai autoresponder sistem untuk mendapatkan informasi prospek anda.

Secara ringkasnya apa yang perlu anda promosikan di internet adalah dengan mengikut turutan di bawah ini :

Promosikan Lead capture page anda sendiri –> gunakan autoresponder sistem untuk mendapatkan maklumat prospek anda –> direct kan prospek anda ke web autodownline yang di sediakan oleh kumpulan anda —> pastikan anda menulis 5-10 emel susulan yang akan di hantar secara automatik melalui autoresponder anda.

Dengan kaedah ini, walau apa pun perniagaan MLM yang anda jalankan di internet, prospek yang anda perolehi daripada promosi yang anda lakukan adalah hak anda.

Salah satu marketing sistem yang mempunyai kesemua elemen yang boleh membantu anda di dalam menjalankan perniagaan MLM di internet ialah GVO ataupun Global Virtual Opportunity. GVO menyediakan beberapa kemudahan untuk membantu anda memastikan perniagaan anda berkembang di internet. Pakej GVO termasuk tapak laman web , sistem emel autoresponder e-responder, sistem webinar HotConference untuk anda berkomunikasi dengan prospek dan jaringan anda di alam maya, dan pelbagai kemudahan lagi yang boleh anda perolehi maklumat penuh tentang GVO dengan klik di sini.

Saya menjalankan perniagaan MLM Worldwellness / RX Lite dengan menggunakan kesemua kemudahan yang di sediakan oleh GVO di dalam membina senarai nama dan juga jaringan di dalam perniagaan Worldwellness.

Selamat mencuba dan pastikan di tahun 2010 anda melakukan strategi yang bertepatan untuk meraih sukses dan kejayaan di dalam bidang dan perniagaan yang anda ceburi.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Mencipta Matlamat 2010

Filed Under (motivasi) by on 01-01-2010

Tahun 2010 sudah menjelma. Ramai yang menantikan kehadiran dan kedatangan tahun baru kerana ramai yang ingin mengubah tabiat atau merubah kehidupan dengan setiap kalinya datang tahun baru.

2010 juga tidak ketinggalan. 2009 banyak meninggalkan pelbagai kesan yang dalam kepada ramai orang seperti kemelesetan ekonomi global, gelaja H1N1, bencana gempabumi, dan pelbagai isu semasa lagi. Walaupun ramai yang mengalami nasib yang malang di dalam 2009 tapi ada juga yang sukses dan terus berjaya di dalam 2009.

2010 menjanjikan satu harapan untuk semua orang. Di sini saya ingin menulis tentang beberapa laman web 2.0 yang memberikan anda ruang dan peluang untuk anda menulis, follow-up dan menganalisa progress goal setting ataupun matlamat anda di dalam 2010.

Jika anda mempunyai matlamat tetapi tidak menulisnya maka ianya hanyalah angan-angan semata-mata. Di sini saya senaraikan beberapa laman web 2.o yang boleh membantu anda sukses di dalam mengejar matlamat anda di dalam 2010.

1) 43things

43things jika di lihat di dalam carta alexa.com adalah berada di dalam alexa traffic ranking list no. 3,421 . Di dalam laman web ini anda boleh menulis impian anda atau matlamat yang ingin anda capai dan anda boleh berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli 43things yang lain. Ianya akan memberikan anda semangat dan rangsangan untuk maju ke hadapan di dalam mengejar matlamat anda. Pendaftaran adalah percuma dengan pergi ke 43things.com .

2) Goalsetting1

Alexa traffic ranking adalah 2,800,285. Di sini anda boleh menulis matlamat atau goalsetting anda. Kongsikan matlamat anda dengan ahli-ahli yang lain. Anda boleh tracking dan update goal anda di dalam member area. Pendaftaran di dalam Goalsetting1 adalah percuma.

3) MyLifeChanges

Satu lagi laman web 2.0 yang membolehkan anda menulis matlamat anda dan seterusnya membuat tracking di sepanjang perjalanan anda untuk mencapai matlamat anda. Menurut Alexa.com, traffic ranking untuk laman web ini ialah 610,638

Itu dia 3 laman web 2.0 yang membolehkan anda menulis, update dan track goal setting dan matlamat anda walaupun di mana anda berada. Dengan hanya mempunyai sebuah laptop atau netbook dan talian internet anda boleh lakukan di mana-mana sahaja.

Begitu juga dengan peluang perniagaan menjana pendapatan sampingan bersama Rx Lite dan Worldwellness. Hanya di hadapan komputer anda selama 4 jam sehari di rumah anda mampu meraih pendapatan berganda secara part-time mahupun fulltime. Untuk info lanjut Rx Lite sila klik di sini.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed