community bank ach achieva credit union st petersburg eatman credit union

rxlite
Salah satu punca ramai yang tidak berjaya di dalam bidang MLM adalah kerana jualan kumpulan tidak menunjukkan peningkatan. Ini mungkin berpunca daripada 2 sebab yang utama iaitu :
1) Penajaan baru semakin berkurangan
2) Pembelian ulangan daripada ahli tidak ada ataupun amat kurang sekali
Mungkin bagi yang baru menyertai MLM dan hanya menjalankan perniagaan ini secara part-time aagak sukar untuk memberikan fokus kepada kedua-dua perkara di atas. Mungkin anda sibuk di dalam mengadakan aktiviti penajaan dan tidak dapat meluangkan masa di dalam memberikan perkhidmatan (servis) kepada jaringan yang sedia ada. Faktor ini mungkin terjadi kerana masa anda yang terhad kerana anda juga bekerja.
Di antara cara yang terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan menggalakan jaringan anda membuat pemilihan “auto-maintain” atau “auto-ship” di mana pada setiap bulan produk akan di hantar kepada mereka secara automatik. Ini akan mengurangkan masalah pembelian ulangan dan anda serta jaringan anda akan dapat meluangkan masa di dalam menjalankan aktiviti penajaan.
Apa yang menariknya di dalam Worldwellness Network untuk produk Rx Lite misalnya telah di adakan pakej “auto-maintain” 6 bulan dan 12 bulan untuk di jadikan pilihan oleh ahli-ahli WWN. Dan yang lebih hebatnya pakej 6 bulan dan 12 bulan ini ialah anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan kesemua set yang anda beli di dalam bulan pertama !
Kenapa saya katakan ianya sesuatu yang berharga kepada anda dan juga jaringan anda ? Ini adalah di antara perkara-perkara yang bakal meningkatkan prestasi jualan kumpulan anda !
1) Sekiranya anda mengambil pakej auto-maintain untuk 12 bulan dan memilih untuk mendapatkan kesemua 12 set di dalam bulan pertama anda sudah mempunyai stok untuk membuat jualan dan rolling stok di dalam melakukan penajaan. Apabila anda mempunyai stok produk yang berpatutan , anda pasti boleh menjalankan bisnes ini dengan lebih lancar kerana selalunya pelanggan mahukan produk sekarang !
2) Seandainya anda berjaya menghabiskan produk atau stok anda di dalam masa 2-3 bulan bermakna anda akan membuat pembelian lagi. Dan pembelian anda akan terus masuk ke dalam Master Plan (yang lebih lumayan dalam jangkamasa yang panjang). Secara tidak langsung pelan B iaitu Master Plan akan berjalan secara automatik
3) Pendapatan anda tidak akan turun dengan adanya jaringan anda membuat auto-maintain (katakan 100% auto-maintain). Ianya hanya akan meningkat kerana anda menjalankan aktiviti penajaan yang baru.
4) Anda mempunyai masa untuk membina jaringan yang kukuh dalam 6 ke 12 bulan yang akan datang
5) Prestasi kumpulan semakin meningkat dan ahli yang meneruskan aktiviti penajaan dengan pakej auto-maintain akan kekal di dalam perniagaan anda kerana setiap bulan pendapatan akan terus meningkat.
Inilah di antara rahsia kejayaan di dalam perniagaan MLM yang perlu anda praktikan. Ianya tidak membebankan kerana jika anda mempunyai 5-10 orang pelanggan tetap (bukan ahli) anda akan terus mendapat keuntungan yang berganda dengan pake auto-maintain.
]]>
rx lite dan worldwellness
Di antara syarikat MLM yang semakin terkenal sekarang ini ialah Worldwellness Network.
Di sepanjang 7 tahun WWN bertapak keahlian mencecah 50,000 orang tetapi dengan pelancaran produk pelangsingan badan Rx Lite di dalam jangkamasa tidak sampai setahun pertambahan keahlian meningkat lebih 40,000 orang.
Ada 7 sebab kenapa WWN atau Worldwellness Network sekarang ini menjadi pilihan sebagai landasan menjana pendapatan sampingan melalui Network Marketing.
1) Syarikat WWN memasarkan produk yang merupakan produk-produk yang mendapat perhatian pada masa ini. Trend semasa di Malaysia adalah produk-produk yang berkaitan dengan 3 topik iaitu pelangsingan, penapis air dan minyak wangi. WWN memasarkan dengan jayanya 2 produk trend semasa iaitu produk pelangsingan badan Rx Lite dan juga produk penapis air berjenama Rx Water yang di berikan nafas baru denga pelancaran All The New Rx Water. Rx Lite mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei kerana harganya yang amat berpatutan, rasanya yang sedap dan reputasi Dato Dr Nordin Darus itu sendiri. Malahan Rx Lite produk pelangsingan badan yang terkenal ini sudah mula mendapat permintaan di Indonesia, India dan Eropah.
2) WWN merupakan satu syarikat MLM yang berani mengikut arus dan peredaran masa dengan memperkenalkan konsep e-dagang di dalam sistem pemasarannya. Pengguna dan ahli secara tidak langsung tidak perlu keluar ke rumah untuk membeli produk. Mereka boleh saja login ke dalam member area di dalam laman web WWN untuk membuat tempahan. Produk akan terus sampai ke rumah. Inilah konsep home based business yang sebenarnya. Ahli juga boleh memiliki laman web e-dagang WWN dengan langganan RM20 untuk setahun. Laman web ini membolehkan ahli untuk menaja ahli baru dan menjual produk dengan menggunakan internet semata-mata. Di samping itu WWN juga memperkenalkan produk dan menyebarkan aktiviti syarikat melalui laman web social seperti Facebook dan Twitter. Oleh itu mesej yang ingin di sampaikan dengan cepat akan sampai kepada pengguna dan ahli ini kerana laman web Facebook dan twitter membolehkan ahli berkongsi maklumat dengan cepat. Contoh laman web e-dagang WWN ialah http://naznina.worldwellness.com.my
3) WWN juga menyediakan sistem pengiklanan untuk membantu ahli-ahli memasarkan produk seperti Rx Lite dan All The New Rx water di seluruh Malaysia. Platform yang disediakan seperti pengiklanan satu muka surat di dalam akhbar harian seperti Harian Metro, Kosmo dan Sinar. Ahli boleh mendaftar dan memasukan nombor telefon mereka dengan hanya modal RM100 ke RM200 untuk 4 atau 8 kali keluaran di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia. Dengan itu, ianya dapat membantu pengedara mendapatkan ahli dan pelanggan baru.
4) WWN adalah syarikat yang sudah stabil kerana telah beroperasi lebih daripada 7 tahun. Malahan pada tahun 2011 bangunan baru WWN akan siap di PJ Commercial Center. Ianya merupakan satu permulaan yang baru buat WWN. Worldwellness juga telah di nobatkan di antara 50 syarikat MLM terbaik di Malaysia baru-baru ini. Senarai penuh 50 syarikat MLM terbaik di Malaysia boleh di perolehi di laman web www.bestmlm.com.my . Ini membuktikan WWN adalah merupakan syarikat yang berwibawa dan tergolong di dalam syarikat terbaik di Malaysia pada masa ini.
5) WWN memasarkan produk yang berkualiti. Di antara cerita WWN yang tidak terdapat di dalam syarikat MLM yang lain ialah kerana ianya di tubuhkan di atas dasar sembuhnya Dato Dr Nordin Darus daripada penyakit leukimia yang di alaminya melalui pengamalan Rx Water. Oleh itu kualiti produk-produk yang di keluarkan mesti di pastikan kehebatannya di dalam membantu meringankan sakit kepada pengguna. Sudah terbukti produk seperti Rx Lite berkesan di dalam pelangsingan badan, Rx Water berkesan di dalam memberikan tahap kesihatan yang sempurna manakala Rx Tra boleh membantu memulihkan sel-sel di dalam badan.
6) Pelan pemasaran WWN amat sesuai bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada pemimpin MLM yang ingin melakukan bisnes ini secara sepenuh masa. Sebagai contoh Fast Track plan adalah pelan yang memberikan pulangan di peringkat awal di mana 82% di berikan di 4 generasi yang pertama iaitu 30% di generasi pertama, 10% di generasi kedua, 30% di generasi ketiga dan 12% di generasi ke empat. Manakala Master Plan adalah pelan jangka panjang yang mampu memberikan pendapatan residual kepada sesiapa yang menjalankan bidang keusahawanan bersama WWN.
7) Sistem pembelajaran yang tersedia ada. Di dalam WWN ahli di wajibkan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 2 modul latihan asas iaitu Rx Basic yang di adakan selama 1 hari dan Rx Power yang di adakan selama 2 hari 1 malam. Dengan adanya sistem pembelajaran yang mantap, ahli-ahli akan lebih mantap di dalam menjalankan aktiviti penajaan dan penjualan.
Inilah 7 sebab kenapa WWN menjadi salah satu syarikat MLM yang sedang berkembang pesat sekarang ini . Di Smart Success Network kami menyediakan support sistem tambahan kepada ahli-ahli yang bernaung di dalam SSN iaitu sistem laman web replika ahli dan juga Web seminar mingguan di internet . Web replika adalah seperti web Projekcopycat dengan klik di sini.
]]>Program bermula pada hari Isnin jam 8:30 mlm di Safira Club, Seberang Jaya. Kehadiran amat menggalakan.
Bermula saja pada jam 9:00 mlm memang sudah full pax di dalam dewan seminar di Safira Club.
Selain daripada ilmu tentang All The new Rx water yang berjaya di ceduk oleh para hadirin pada malam tersebut, kami juga mendapat persetujuan WWN untuk mengadakan Rx Basic di Pulau Pinang secepat mungkin kerana permintaan untuk menjadi mobil stokis begitu hangat sekali.
Pada hari Selasa saya dan rakan-rakan turut menyertai Roadshow All the new Rx water di Emerald Hotel di Sungai Petani. Ada 3 orang rakan niaga di Sungai Petani yang bernaung di dalam Smart Success Network turut hadir …
Hari Rabu program aku memang pack … bertolak ke Alor Star dalam jam 6 petang dengan 2 orang rakan niaga lagi. Sampai di Hotel Seri Malaysia, Alor Star untuk solat maghrib dan terus pergi malam dulu di restoran berhampiran hotel. 3 orang lagi rakan niaga di Alor Star ikut serta sampai ke hotel.
Seminar bermula agak lambat bagi menanti kehadirin lebih ramai orang …
Selesai 3 malam berturut2 menimba ilmu tentang All The New Rx Water di Utara. Hampir lebih daripada 50 orang rakan niaga turut sama mendengar seminar tersebut di 3 buah tempat terutama sekali di Safira Club yang penuh sesak dengan ahli-ahli WWN dalam Smart Success Network.
Salam Sukses !
]]>Kombinasi kandungannya termasuk Asam Keping untuk menahan lapar dan membakar lemak, L-Carnithine untuk membakar lemak, DND fiber iaitu fiber terpilih yang memberikan rasa kenyang, dan pelbagai ramuan lagi yang membantu ramai pengguna merealisasikan impian bentuk badan yang ideal.
Walaupun produk ini, Rx Lite, sudah mempunyai rasa yang lazat dan enak kerana ianya mengandungi perasa koko jadi rasanya seperti minuman koko yang lain seperti milo. Rasanya yang sudah biasa di terima pengguna, maka amat ramai sekali pengguna yang mencari-cari produk ini di pasaran.
Untuk lebih menyedapkan lagi Rx Lite ini anda boleh melakukan 3 tips di bawah ini untuk menikmati Rx Lite pada kadar yang optimum seolah-olah anda bukan saja minum untuk mendapat bentuk badan yang ideal tetapi anda minum kerana ingin menikmati sedapnya Rx Lite !
Tip pertama : Anda boleh minum Rx Lite samada panas atau sejuk. Jika di minum panas untuk mendapat aroma dan rasa koko yang sebenar bancuh Rx Lite dalam cawan teh. Jadi rasanya akan lebih enak, pekat dan lazat. Tuangkan air panas maka anda mengambil sarapan pagi Rx Lite yang cukup menaikkan aroma koko di dalam nya ! Alangkah enaknya jika minum di waktu pagi di dalam cuaca yang sejuk dan berkabus …. Jika anda ingin mengambilnya secara sejuk, masukkan ketul ais ke dalam gelas yang sudah di bancuh dengan Rx Lite.
Tip kedua : Oleh kerana Rx Lite boleh di minum secara sejuk, kenapa tidak anda buatkan ais blended Rx Lite. Wah … memang lazat. jadi anda sendiri tidak terasa seperti minum untuk langsing tetapi anda juga dapat menikmati kelazatan Rx Lite ais blended.
Tip ketiga : Jika anda menggunakan Shaker yang diberikan di dalam setiap 1 set Rx Lite (2 kotak) anda boleh bancuh Rx Lite bersama Air kacang Soya. Memang lazat bagi penggemar air kacang soya. Di samping itu ia juga boleh mengenyangkan si pengguna. Jika anda suka minum susu, tambahkan susu rendah lemak ke dalam Rx Lite yang sudah di bancuh.
Kenapa tidak anda mencuba pelbagai kaedah lagi bagi menyedapkan Rx Lite yang anda minum. Nak lebih berkhasiat . Cuba blended kurma yang sudah di buangkan bijinya dan selepas kurma hancur tuangkan bancuhan Rx Lite ke dalam blended dan blend bersama …. anda dapat minuman Rx Lite dengan Jus Kurma . Berkhasiat lagi ….
]]>]]>Untuk mendapatkan maklumat lanjut produk Rx Lite terapi pelangsingan yang berfungsi utama dalam membakar lemak secara semulajadi dan juga minuman gantian pemakanan ini yang sesuai untuk mengurangkan berat badan sila layari laman web Gaya Hidup Sihat denga klik di sini.
Di sini saya sarankan 4 langkah di dalam menjalankan penajaan secara bersistematik.
Langkah 1 : Menyalurkan prospek ke dalam pipeline penajaannya . Ini adalah asas yang pertama untuk di lakukan. Pada tahap ini anda perlu mendapatkan prospek terlebih dahulu samada ianya adalah kenalan anda, kaum keluarga, referal daripada rakan-rakan anda dan juga prospek yang di perolehi daripada pengiklanan dan promosi yang anda lakukan samada di online (facebook, iklan, emel) dan offline.
Langkah 2 : Contact atau menghubungi dan membuat tindakan susulan. Ini adalah langkah yang paling KRITIKAL. Jika anda mempunyai prospek tetapi tidak boleh menghubungi dan membuat tindakan susulan (follow-up) maka proses penajaan anda akan terbantut. Pada kebiasaanya adalah perlu menghubungi prospek anda secara berterusan kerana ada masanya sewaktu anda membuat panggilan mungkin bukan pada masa yang sesuai.
Langkah 3 : Membuat persembahan produk atau peluang perniagaan. Ini adalah fasa di mana anda sudah mendapat kebenaran ataupun “signal” daripada prospek anda untuk membuat persembahan produk. Ada pelbagai cara untuk anda lalui fasa ini. Anda boleh membuat persembahan one-to-one, secara berkumpulan ataupun melalui web conference dan lain-lain. Ini adalah fasa di mana selepas anda membuat persembahan, prospek akan membuat pemilihan samada apa yang anda sembahkan memberikan manfaat kepada beliau atau ianya “make sense” atau masuk akal dari segi pemikiran prospek anda. Penampilan pertama ataupun “first impression” adalah amat penting di dalam fasa ini.
Langkah 4 : Membuat closing atau penutup. Di sinilah puncak bagi segala langkah-langkah penajaan yang telah anda lalui. Jika closing tidak dapat di capai pada saat ini, anda perlu terus menghubungi prospek anda dengan kembali semula melakukan langkah ke 2 (iaitu membuat follow up). Dan perlu juga untuk anda menyalurkan prospek ke dalam pipeline anda dengan meminta referal daripada beliau.
Baiklah ini adalah 4 langkah penajaan yang perlu di lalui. Namun ianya bukan lah penghujung di dalam anda membina sebuah empayar perniagaan Network Marketing yang kukuh kerana ada 2 lagi perkara yang perlu anda lakukan sehingga berjaya. Di dalam sistem yang saya gunapakai di dalam membina jaringan yang kukuh di dalam program Projekcopycat ialah sistem RTD iaitu :
R – stand for RECRUIT
T – stand for TEACH
D – stand for DUPLICATING
Jadi 4 proses di atas hanyalah untuk R sahaja ialah recruiting proses.
Jika anda mahu mendapatkan satu sistem pembelajaran untuk sukses di dalam membina empayar perniagaan Network Marketing melalui Projek Copycat 773 bersama Worldwellness Network sila klik di sini .
]]>Walaupun modulnya adalah perkara-perkara asas namun inilah yang sering di lupakan oleh ramai pengedar di dalam satu-satu syarikat MLM. Seramai 6 orang rakanniaga aku turut hadir. Di sebabkan jumaat hari kerja maka tak ramai yang hadir. InsyaAllah aku sedang merangka latihan yang sama di Pulau Pinang pula.
Kursus sehari dari 9 pagi hingga ke 5 ptg ini merangkumi perkara basic seperti kenapa MLM, pengenalan kepada pelan pemasaran Worldwellness Network dan penerangan tentang produk-produk utama di dalam Worldwellness seperti Rx Lite, Rx water, Rx 17, Rx Xtra dan Rx Colostra dan Rx Coffee.
Secara rumusannya ianya amat berbaloi dan mesti di hadiri oleh kesemua ahli-ahli Worldwellness yang mahu menjalankan bisnes Worldwellness dan Projekcopycat ini. Selepas kursus, salah seorang rakan niaga aku turut mendaftar sebagai seorang mobil stokis !
Kursus seterusnya ialah Rx Power iaitu selama 3hari 2malam dan yang terdekat adalah di dalam bulan Julai nanti !
Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut tentang produk Rx Lite dan projek copycat 773 sila layari laman web di bawah ini …
]]>Kalau dulu syarikat ini aku kenali kerana produk Rx water sahaja. Oleh kerana trend semasa yang amat cenderung kepada produk kecantikan dan slimming aku memberanikan diri untuk terjun ke dalam bisnes ini. Lagi pun aku dah tidak ada jalan lain lagi …. .
Komisen bulan Januari tidak lah banyak, tetapi ianya menyakinkan aku ianya satu bisnes yang berpotensi. Kali ini tak ramai leader-leader MLM yang join , tetapi rata-rata adalah pengguna dan juga middle leader yang nak kan pendapatan sampingan . Majoriti orang yang baru nak berjinak dengan industri MLM.
Hujung April ni, dah 3 bulan setengah aku di WWN, dah lebih daripada 500 orang ahli yang menyertai aku di Worldwellness. Di antara produk yang amat laris selain daripada Rx Lite ialah Rx Coffee, Rx 17 dan Rx Water.
Dalam jangkamasa 3 bulan setengah banyak kesabaran dan usaha gigih yang mesti di lakukan sehingga mencapai jaringan ke tahap ini yang masih lagi baru nak bermula …
Aku nak kongsikan dengan anda semua sebuah kisah tentang seorang jurujual yang cacat dan bagaimana beliau yang berusaha dengan gigih dan penuh kesabaran akhirnya menjadikan beliau jurual terbaik di sayarikatnya … (kisah benar tentang Bill Porter di dalam Watkins)
Bill Porter Door to Door (Kisah tentang Usaha Gigih dan Kesabaran)
]]>
Dengan hanya memasarkan produk Rx Lite iaitu produk minuman gantian pemakanan untuk menurunkan berat badan, dalam bulan ke 2 di WWN beliau telah menjana pendapatan sampingan 4 angka dengan hanya melakukannya dari rumah.
Untuk maklumat lanjut saksikan video di bawah ini …. hanya mengambil masa 3 minit sahaja !
http://play.goldmail.com/wgba5js09hb2
Rx Lite, mudah, murah, berkesan dan sedap ….
]]>Di sini saya akan terangkan secara ringkas bagaimana Rx Lite berfungsi ….
Klik pada link di bawah untuk mendapatkan ringkasan apa itu Rx Lite … video ini hanya mengambil masa 3 minit daripada masa anda !
]]>