28
kegemukan merupakan satu penyakit yang perlu di atasi
Filed Under (gaya hidup sihat) by on 28-10-2010
Salam,
Ini adalah kisah yang saya baca di dalam akhbar Kosmo pada 27-okt iaitu semalam tentang kisah seorang lelaki obese. Kisahnya juga di sambung lagi pada keluaran Kosmo pada 28-okt ini. Nak dapatkan dengan lebih lanjut kisah beliau bolehlah mendapatkan harian Kosmo.
Sebagai paparan akhbar tersebut di muka depan dengan tajuk ” Kerah tenaga bawa lelaki obes 300kg”
“GEORGE TOWN – Seorang lelaki obes terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya di flat Bandar Baru Ayer Itam di sini pagi semalam sehingga memaksa 10 anggota penyelamat mengerah kudrat mengangkat tubuhnya seberat 300 kilogram (kg) untuk dibawa ke hospital.
M. Balaji, 43, terjatuh pada pukul 6.50 pagi membuatkan dia mengerang kesakitan akibat kecederaan di paha.
Ibunya yang hanya dikenali sebagai Rajasundi, 60, cuba membantu tetapi gagal menolong Balaji berdiri sebelum menghubungi Hospital Pulau Pinang (HPP).
Beberapa minit kemudian, lima anggota dari HPP dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba di flat tingkat sembilan itu tetapi mereka sekadar mampu menarik Balaji ke ruang tamu dengan kain.
Sewaktu lelaki itu diheret ke ruang tamu, dia menjerit kesakitan sambil memegang pahanya.
Dalam keadaan terdesak, anggota pasukan penyelamat akhirnya mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Itam sebelum 10 anggota penyelamat mengangkat lelaki itu ke lif dan membawanya ke HPP. ”
(nota : quote dari akhbar Kosmo 27-okt-2010)
Amalkan pemakanan gaya hidup sihat dengan mengamalkan minimum pemakanan seimbang dengan Rx Lite . Dapatkan informasinya dengan klik di sini .


















