15
15 tips menurunkan berat badan
Filed Under (kecantikan) by on 15-11-2010
Menurunkan berat badan bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya memerlukan disiplin untuk melakukannya. Secara purata 2 /5 daripada penduduk Malaysia adalah di kategorikan di dalam golongan yang gemuk ataupun berisiko tinggi untuk menjadi gemuk.
Oleh kerana itu menurunkan berat badan bukanlah satu perkara yang di pandang ringan tetapi ianya perlu di jadikan sebagai satu komitmen untuk mendapatkan berat badan ideal dan berat badan unggul dan kekalkan BMI yang sepatutnya.
Ada banyak kaedah untuk menurunkan berat badan dan di sini saya sertakan 15 tips untuk menurunkan berat badan secara ideal dan semulajadi.
1. Katakan saya BOLEH . Anda mesti berfikiran positif untuk melakukannya dan katakan Yes kepada diri anda di dalam program menurunkan berat badan anda.
2. Pastikan anda mengambil sarapan tepat pada waktunya. Ini bagi mengelakkan daripada anda berasa amat lapar di waktu tengahari dan bagi memastikan diet pemakanan anda akan terus seimbang dan teratur.
3. Baca kandungan khasiat pemakanan di dalam label produk yang anda beli. Pastikan anda tahu jumlah kalori dan zat pemakanan yang terkandung di dalam makanan tersebut. Dengan sentiasa peka kepada produk pemakanan anda , anda akan sentiasa menjaga pemakanan yang sihat sepanjang masa.
4. Elakkan daripada melakukan diet sementara atau crash diet. Walaupun anda mungkin capai matlamat anda dalam mengurangi berat badan dalam masa yang singkat, namun ianya tidak akan berkekalan.
5. Makan dengan teratur. Jadikan makan dengan teratur sebagai satu rutin harian.
6. Banyakkan pengambilan serat.
7. Pilih makanan yang menyihatkan. Rata-rata di antara kita memilih makanan yang sedap tetapi tidak mementingkan menu makanan yang sihat.
8. Lakukan senaman. Cara paling mudah ialah dengan berjalan kaki setiap hari 10-20 minit atau pun membeli peralatan senaman yang murah tetapi berkesan seperti stair-step.
9. Buang tabiat suka mengunyah makanan di waktu malam.
10. Banyakkan pengambilan protein
11. Buang kebiasaan yang tidak baik. Kebiasaan yang tidak baik ialah seperti ambil makanan dan minuman yang terlalu manis, terlebih masin dan lain-lain.
12. Jadikan rakan-rakan dan orang sekeliling kita sebagai sumber inspirasi.
13. Catitkan setiap penurunan berat badan anda
14. Minum air yang mencukupi. Amat di galakkan untuk minum air yang sihat lagi bersih seperti air penapis beraura yang menyihatkan seperti all the new rx water.
15. Sentiasa ingat slogan ini ” Turun Berat, badan sihat”.
Ada banyak lagi tips tentang menurunkan berat badan yang efektif dan berkesan di dalam laman web gaya-hidup-sihat. Anda boleh dapatkan Percuma Rahsia Langsing sepanjang hayat dengan klik di sini.


















