14
7 kaedah Pemasaran Internet meningkatkan populariti laman web anda
Filed Under (pemasaran internet) by on 14-08-2010
Pemasaran internet semakin popular masa kini. Ada ratusan teknik dan kaedah yang boleh di gunakan di dalam pemasaran internet untuk mendapatkan traffik ke dalam laman web anda.
Di sini saya ingin kongsikan 7 kaedah pemasaran internet yang membolehkan laman web anda meningkatkan popularitinya dan seterusnya membolehkan web anda mendapatkan kedudukan yang tinggi di dalam enjin pencarian seperti google, yahoo dan bing (msn). 7 teknik ini adalah lebih di kenali sebagai backlink technique ….
Kaedah pemasaran internet yang pertama : Membeli nama domain yang sama dengan katakunci yang anda sasarkan
Sebagai contoh anda memsasarkan untuk mempromosikan produk pelangsingan badan di internet. Oleh itu di antara katakunci yang anda ingin gunakan ialah pelangsingan. Jadi anda boleh membeli domain name seperti pelangsingan.com . Biasanya domain ini sudahpun di miliki oleh oranglain jadi anda boleh mendapatkan nama alternatif seperti NamaAnda-pelangsingan.com ataupun NamaProdukAnda-pelangsingan.com . Jika .com sudah di ambil orang sila pilih extension yang lain seperti .net, .biz, .org dan lain-lain.
Kaedah pemasaran internet yang kedua : Membina blog menggunakan “authority sites” seperti blogger.com dan lain-lain
Authority sites adalah sites yang popular dan mempunyai ranking yang tinggi di dalam enjin pencarian. Oleh itu anda boleh “menumpang” populariti web tersebut dengan membina blog anda di sana dan gunakan katakunci anda untuk menamakan blog anda. Authority sites di mana anda boleh membina blog anda seperti di blooger.com, wikispaces.com ataupun menggunakan web 2.0 seperti squidoo.com dan hubpages.com . Salah satu contoh lens di squidoo.com adalah di www.squidoo.com/rxlite
Kaedah pemasaran internet yang ketiga : Memasukkan video ke dalam video direktori
Kaedah pemasaran video adalah amat popular sekarang dan dengan pembelian youtube oleh Google ianya akan menjadi salah satu kaedah pemasaran yang terbaik untuk mendapatkan traffik. Anda boleh membuat video anda dan selepas itu memasukkannya ke dalam youtube.com, metacafe.com dan lain-lain video direktori yang terdapat di internet. Anda boleh menulis deskripsi video anda, tag atau katakunci dan memasukkan url web anda di dalam video yang ingin anda masukkan ke dalam video direktori.
Untuk memudahkan kerja anda, anda boleh gunakan perkhidmatan seperti tubemogul.com untuk memasukkan video anda ke dalam video direktori dengan hanya sekali hantar tanpa anda perlu melakukannya banyak kali di dalam video direktori yang berbeza-beza.
Kaedah pemasaran internet yang ke empat : Menggunakan Social Bookmarking
Anda boleh menghantar artikel, blog post anda ke dalam laman web social bookmarking untuk meningkatkan populariti web anda. Contoh nya dengan menghantar nya ke digg.com, stumbleupon.com , reddit.com dan lain-lain lagi
Kaedah pemasaran internet yang ke lima : RSS feeds ke feed aggregators
Anda boleh feed blog post anda ke dalam laman web feed aggregators di mana feed anda akan di siarkan di dalam laman web feed aggregators tersebut. Salah satu perkhdimatan yang anda boleh gunakan ialah feedagg.com
Kaedah pemasaran internet yang ke enam : Beli domain name yang sudah tamat tempoh atau expire
Mungkin ada banyak domain name yang sudah tamat tempoh atau expire yang menggunakan katakunci anda yang boleh anda beli. Domain name yang lama sudah mendapat “posisi” di enjin pencarian dan anda boleh gunakan kedudukan tersebut untuk mendapatkan traffik ke dalam web anda.
Kaedah pemasaran internet yang ke tujuh : Menulis profile anda di dalam laman web Social Networking
Anda boleh menulis profile anda di dalam laman web seperti di facebook.com, myspace.com, dan lain-lain dan masukkan guna link url anda di dalam profile anda.
Itu dia 7 kaedah pemasaran internet yang anda boleh gunapakai untuk mendapatkan traffik atau pengunjung ke dalam laman web anda. Yang menariknya kesemua teknik-teknik di atas adalah percuma dan anda boleh mula melakukannya sekarang !
Untuk mempelajari teknik-teknik pemasaran internet secara percuma anda bolehlah menyertai Smart Success Network di dalam program Projekcopycat773 dengan melayari laman web projekcopycat ini.














