30
Rahsia kejayaan di dalam perniagaan MLM (Worldwellness Network)
Filed Under (mlm) by on 30-08-2010
Salah satu punca ramai yang tidak berjaya di dalam bidang MLM adalah kerana jualan kumpulan tidak menunjukkan peningkatan. Ini mungkin berpunca daripada 2 sebab yang utama iaitu :
1) Penajaan baru semakin berkurangan
2) Pembelian ulangan daripada ahli tidak ada ataupun amat kurang sekali
Mungkin bagi yang baru menyertai MLM dan hanya menjalankan perniagaan ini secara part-time aagak sukar untuk memberikan fokus kepada kedua-dua perkara di atas. Mungkin anda sibuk di dalam mengadakan aktiviti penajaan dan tidak dapat meluangkan masa di dalam memberikan perkhidmatan (servis) kepada jaringan yang sedia ada. Faktor ini mungkin terjadi kerana masa anda yang terhad kerana anda juga bekerja.
Di antara cara yang terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan menggalakan jaringan anda membuat pemilihan “auto-maintain” atau “auto-ship” di mana pada setiap bulan produk akan di hantar kepada mereka secara automatik. Ini akan mengurangkan masalah pembelian ulangan dan anda serta jaringan anda akan dapat meluangkan masa di dalam menjalankan aktiviti penajaan.
Apa yang menariknya di dalam Worldwellness Network untuk produk Rx Lite misalnya telah di adakan pakej “auto-maintain” 6 bulan dan 12 bulan untuk di jadikan pilihan oleh ahli-ahli WWN. Dan yang lebih hebatnya pakej 6 bulan dan 12 bulan ini ialah anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan kesemua set yang anda beli di dalam bulan pertama !
Kenapa saya katakan ianya sesuatu yang berharga kepada anda dan juga jaringan anda ? Ini adalah di antara perkara-perkara yang bakal meningkatkan prestasi jualan kumpulan anda !
1) Sekiranya anda mengambil pakej auto-maintain untuk 12 bulan dan memilih untuk mendapatkan kesemua 12 set di dalam bulan pertama anda sudah mempunyai stok untuk membuat jualan dan rolling stok di dalam melakukan penajaan. Apabila anda mempunyai stok produk yang berpatutan , anda pasti boleh menjalankan bisnes ini dengan lebih lancar kerana selalunya pelanggan mahukan produk sekarang !
2) Seandainya anda berjaya menghabiskan produk atau stok anda di dalam masa 2-3 bulan bermakna anda akan membuat pembelian lagi. Dan pembelian anda akan terus masuk ke dalam Master Plan (yang lebih lumayan dalam jangkamasa yang panjang). Secara tidak langsung pelan B iaitu Master Plan akan berjalan secara automatik
3) Pendapatan anda tidak akan turun dengan adanya jaringan anda membuat auto-maintain (katakan 100% auto-maintain). Ianya hanya akan meningkat kerana anda menjalankan aktiviti penajaan yang baru.
4) Anda mempunyai masa untuk membina jaringan yang kukuh dalam 6 ke 12 bulan yang akan datang
5) Prestasi kumpulan semakin meningkat dan ahli yang meneruskan aktiviti penajaan dengan pakej auto-maintain akan kekal di dalam perniagaan anda kerana setiap bulan pendapatan akan terus meningkat.
Inilah di antara rahsia kejayaan di dalam perniagaan MLM yang perlu anda praktikan. Ianya tidak membebankan kerana jika anda mempunyai 5-10 orang pelanggan tetap (bukan ahli) anda akan terus mendapat keuntungan yang berganda dengan pake auto-maintain.















