23
K-Liquid Mixed Collagen Drink – untuk seri semulajadi dan keremajaan kulit anda
Filed Under (kecantikan) by on 23-01-2012
K-Liquid Mixed Collagen drink merupakan sejenis minuman kecantikan semulajadi, beraroma buah-buahan yang enak, dengan kandungan kolagen yang tinggi untuk kulit yang lebih licin dan cerah. Ia membantu mengembalikan seri dan keremajaan kulit anda.
1 botol K-liquid mixed collagen drink mengandungi 3000mg peptida kolagen marin.
3 ramuan utama dalam K-Liquid Mixed Collagen drink
- Peptida kolagen marin
- Ekstrak strawberri
- Ekstrak epal dan jus epal
Kolagen merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia wujud di seluruh badan dan organ seperti rangka tulang, tulang rawan, ligamen, saluran darah, kulit dan lain-lain bahagian. Fungsi utamanya adalah untuk mengembalikan kekenyalan, kelembapan, dan keceriaan kulit serta mengekalkan struktur dan bentuk organ dalaman. Selain itu, ia juga merupakan ramuan penting untuk memulihkan tisu yang rosak.
5 manfaat K-liquid Mixed Collagen Drink
- Menyuburkan kulit – Keceriaan kulit bergantung kepada kandungan air dalam kulit. Kolagen mempunyai fungsi yang baik dengan mengunci molekul air dalam kulit dan membantu menceriakan kulit supaya kelihatan lembap, berseri dan sihat. Ekstrak epal dan jus epal yang kaya dengan vitamin C berkesan dalam membantu mencerahkan kulit dan membantu memudahkan penyerapan kolagen dalam badan.
- Anti kedutan – Kolagen yang banyak di bentuk dalam lapisan dermis untuk memberikan kesan penegangan kulit serta menghasilkan fungsi gabungan melembap dan anti kedutan. Ia dapat mengurangkan kedutan dan garisan halus.
- Pemulihan – Kolagen diserap terus ke dalam kulit dermis bawah. Ia akan membantu sel membentuk kolagen dan menggalakan pertumbuhan sel yang sihat. Pada masa yang sama, kolagen juga mempunyai fungsi anti radang dan menggalakan regenerasi sel kulit.
- Melembapkan kulit – Kolagennya di peroleh daripada sumber ikan laut dalam dengan menggunakan teknologi canggih. Molekulnya yang bersaiz nano memudahkan penyerapan dan pencernaan oleh tubuh badan. Ia berfungsi untuk membekalkan kelembapan dan penghidratan dalam kulit.
- Berkhasiat – Ekstrak strawberri kaya dengan polifenol, vitamin dan asid folik yang berkhasiat. Ia bertindak sebagai agen anti oksida dan membantu hati dalam proses penyaktoksinan.
Berminat untuk mendapatkan info lanjut tentang K-Liquid Mixed Collagen Drink sila hubungi Khairul di +6 012-5396213



























