31
Anda boleh memilih untuk menjadi kaya
Filed Under (motivasi) by on 31-08-2010
Kita di berikan kemampuan untuk memilih samada untuk menjadi kaya atau sebaliknya. Ramai orang apabila di ajukan pertanyaan adakah anda ingin menjadi kaya, mereka hanya akan mencemuh. Adakah bercita-cita menjadi seorang yang kaya itu merupakan satu perbuatan yang keji atau tidak bermoral ? Adakah menjadi seorang yang kaya itu merupakan satu kesalahan dan ianya tak sepatutnya di tanya?
Seringkali apabila saya tanyakan soalan ini di dalam majlis perjumpaan ramai yang mengangkat tanga YA, aku ingin menjadi kaya. Tetapi apabila di tanya apa yang bermain di dalam pemikiran mereka, mereka berfikir ada keraguan dengan pengakuan mereka mahu jadi kaya. Maksudnya tidak yakin. Aku kaya? Tak mungkin. Jadi mana boleh kita menjadi kaya sedangkan di dalam minda kita sudah menidakkan nya terlebih dahulu.
Ada juga yang mahu kaya tetapi pada hakikatnya mereka amat membenci orang yang kaya. Katanya orang kaya kedekut. Orang kaya mendapatkan kekayaannya dari sumber yang haram. Orang kaya menindas. Jadi mana mungkin anda jadi kaya jika anda membenci orang yang kaya? Minda separa sedar anda akan memastikan anda tidak menjadi kaya kerana itulah tugas nya untuk melindungi anda daripada apa yang anda tidak suka.
Kenapa kita tidak kaya? kekadang kita sendiri yang sabotaj keinginan dan niat kita untuk menjadi seorang yang kaya kerana kita tidak mengenali diri kita sendiri. Di dalam seminar T Harv Eker beliau menunjukkan cara bagaimana anda boleh mengenali “Money Blueprint” anda yang biasanya di pengaruhi sejak anda kecil dari ibubapa anda, dari persekitaran anda dan dari apa yang anda pelajari sejak anda kecil. Program nya akan membuka mata kita kenapa kita masih gagal mencari kekayaan.
Salah satu daripada home study course yang amat saya minati ialah daripada Robert Kiyosaki iaitu program yang berjudul ” You Can Choose To Be Rich”. Home study course ini termasuk workbook dan home study binder, 12 cds dan 1 dvd. Anda boleh menggunakan masa lapang anda untuk belajar daripada sistem yang di tunjukkan oleh Robert Kiyosaki ini yang terkenal dengan buku “Richdad Poordad”. Robert kiyosaki akan menunjukkan kepada anda 3 langkah untuk mencapai kekayaan iaitu melalui kaedah think it (berfikir tentangnya), learn it (belajar tentangnya) dan do it (melakukannya) . Ianya akan berkisar di dalam 3 modul utama iaitu belajar bagaimana cara orang kaya berfikir, belajar apa yang orang kaya tahu, dan belajar bagaimana melakukan apa yang orang kaya lakukan.
Program home study course ini elok di pelajari berkali-kali dan berulang-kali agar ianya akan menjadi sesuatu yang sebati dengan minda separa sedar anda.
Anda boleh dapatkan home study course daripada Robert Kiyosaki yang berjudul “You Can Choose To Be Rich” dengan klik di sini.















