01
10 Mesti ada Gadget dan tool untuk menjalankan perniagaan MLM anda di internet
Filed Under (mlm) by on 01-07-2010
Dengan kehadiran teknologi IT yang semakin canggih, menjalankan perniagaan MLM tidak seperti dahulu lagi. Kini orang yang biasa-biasapun sudah mampu memperolehi pendapatan lumayan dengan menjalankan perniagaan MLM menggunakan internet.
Walau bagaimanapun anda perlu mempunyai tool atau gadget di bawah ini untuk benar-benar selesa dalam menjalankan perniagaan MLM anda secara online.
1) Komputer – Anda mesti memiliki komputer anda sendiri. Terbaik adalah untuk anda memiliki samada laptop ataupun netbook yang boleh di bawa ke mana sahaja anda pergi.
2) Internet – Jika sudah ada laptop tetapi tidak ada internet connection pun masalah juga. Walaupun sekarang di mana-mana sudah ada WIFI namun amat berbaloi jika anda mempunyai portable broadband anda sendiri. Di mana anda memerlukannya pasti modem broadband anda amat berharga sekali. Saya mempunyai talian streamyx di rumah tetapi saya juga mempunyai modem broadband yang boleh saya bawa ke mana sahaja. Seandainya tempat saya berjumpa prospek atau menunggu sesuatu event tidak ada internet connection, saya masih boleh ber online dengan menggunakan broadband saya.
3) Akaun emel – Mahu tidak mahu anda mesti ada akaun emel. Paling kurang samada yahoo, gmail atau MSN emel akaun. Saya lebih cendurung untuk mendapatkan emel akaun dengan gmail. Anda perlu ada sekurang-kurangnya satu emel akaun yang anda gunakan sebagai emel akaun utama dan sekurang-kurang satu lagi untuk anda gunakan di dalam kempen promosi anda di internet.
4) Blog - Blog amat penting di dalam kempen mempromosikan produk atau peluang perniagaan MLM anda di internet. Blog bukan sahaja menjadi satu cara untuk mendapatkan kedudukan yang baik di dalam enjin pencarian tetapi ia juga dapat menarik ramai pembaca blog sekiranya apa yang anda tulis atau post menarik minat ramai orang. Anda boleh mendapatkan blog secara percuma dengan mendaftar di www.blogger.com. Namun pilihan yang terbaik adalah dengan memiliki blog sendiri yang anda host kan dengan tapak laman web anda sendiri. Kebiasaannya anda akan menggunakan wordpress blog. Jika web host anda menggunakan sistem cpanel anda boleh install blog anda dengan mudah.
5) Instant Messaging – Ianya adalah peralatan komunikasi yang amat berkesan di dalam menjalankan perniagaan MLM di internet samada sebagai tool untuk mendapatkan prospek atau pun memberikan tunjuk ajar kepada jaringan dan downline anda secara online. Di antara yang popular ialah Yahoo Messenger dan juga Skype.
6) Facebook – di era sekarang ini, jika anda tidak punyai akaun facebook anda akan ketinggalan zaman. Kedudukan Facebook di Malaysia menurut ranking terbaru di alexa.com adalah laman web yang paling ramai pengunjung di Malaysia iaitu di tangga pertama. Oleh kerana itu FB boleh di jadikan tempat untuk mendapatkan rakan dan juga potensi rakan niaga atau pelanggan. Namun anda perlu tahu cara dan kaedah untuk mendapatkan rakan niaga dan pelanggan untuk produk atau peluang anda. Contoh Facebook akaun ialah seperti ini dengan klik di sini
7) MySpace – selain daripada Facebook , Myspace juga adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan prospek dan rakan niaga. Berbaloi untuk anda memiliki akaun di Myspace
Twitter – Twitter adalah mini blog atau lebih di kenali sebagai micro blogging. Jika anda jenis yang malas menulis, twitter amat sesuai kerana anda hanya di berikan 140 patah perkataan sahaja di dalam setiap tweet yang anda tulis. Twitter semakin terkenal kerana ianya mudah dan tidak terlalu teknikal. Anda boleh lihat sampel twitter dengan follow saya di dalam twitter saya dengan klik di sini .
9) Youtube – Video merupakan antara benda yang amat di minati di internet. Ribuan video di masukkan ke dalam youtube dan website video sharing yang lain. Jika anda belum menggunakan youtube di dalam kempen perniagaan anda, anda perlu lakukan sekarang kerana video yang betul cara pembikinannya dengan tag dan katakunci yang tepat akan mendapat ranking / kedudukan yang baik di dalam enjin pencarian seperti google, yahoo dan MSN.
10) Handphone – tidak dapat di nafikan walaupun anda menjalankan perniagaan di internet, handphone masih lagi merupakan tool komunikasi yang tidak boleh di tinggalkan. Ianya penting di dalam strategi perniagaan anda. SMS merupakan di antara cabang-cabang pemasaran yang efektik di dalam membuat tindakan susulan dan menyebarkan promosi dan kempen. Saya menggunakan sistem bulk sms untuk menghantar maklumat kepada jaringan, prospek dan pelanggan. Ianya mudah dan murah. Hanya dengan satu klik anda sudah boleh menghantar ratusan dan ribuan sms kepada downline, prospek dan pelanggan anda. Dengan kadar 6 sen per sms ianya amat berbaloi. Anda boleh layari web ini untuk sistem bulk sms dengan kadar SMS 6 sen sahaja. Di dalam mengurangkan perbelanjaan bil handphone saya menggunakan call back sistem enumX . Dengan enumX anda boleh jimat hampir 80% daripada bil handphone anda ! Dengan hanya minima RM76 anda mendapat 500 minit perbualan ! Sila layari enumx untuk maklumat lanjut dengan klik di sini














