Rahsia Langsing Sepanjang Hayat

Dapatkan e-buku percuma rahsia bagaimana anda boleh langsing sepanjang hayat. klik pada link di bawah ini. Rahsia Langsing Sepanjang Hayat!


Percuma Rahsia Pemasaran SMS

Siapa lagi yang ingin tahu rahsia bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya menggunakan teknik pemasaran SMS secara percuma. Klik pada link di bawah ini. Percuma Rahsia Pemasaran SMS !

1smscafe2u.net

5 tips mudah menulis blog untuk enjin pencarian dan menarik minat pembaca blog

Filed Under (buat duit) by on 30-06-2010

Anda sudah memiliki blog atau belum? Blog merupakan salah satu tool yang paling berkesan di dalam mempromosikan perniagaan anda di internet di samping membina kredabiliti atau reputasi anda di dalam bidang yang anda ceburi. Jika anda belum memliki blog, inilah masanya untuk bermula.Blog membantu anda meningkatkan trafik ke dalam laman web anda melalui pelbagai kaedah.

Mungkin ramai yang tidak memiliki blog kerana mereka merasakan mereka tidak pandai dalam menulis sesuatu. Di sini saya ingin berikan 5 tips mudah untuk anda menulis blog yang boleh meningkatkan ranking web anda di dalam enjin pencarian seperti google di samping ianya berkualiti untuk di baca oleh pembaca blog.

Tip 1 : Fokus kepada produk atau peluang yang ingin anda promosikan di internet. Sebagai contoh jika anda memasarkan produk pelangsingan cuba menulis blog tentang pelangsingan tetapi memastikan kata kunci (keyword) tentang apa yang anda tulis adalah kata kunci atau keyword yang di cari oleh orang melalui internet. Anda boleh mendapatkan anggaran berapa banyak orang mencari kata kunci (keyword) tersebut dengan menggunakan google external keyword tool.

Tip 2 : Menulis dalam kaedah seolah-olah di dalam perbualan. Anda bukannya menulis untuk akhbar atau majalah, anda menulis di dalam blog untuk tatapan orang-orang biasa seperti anda. Jadi bahasa yang bersahaja dan seolah-olah seperti perbualan akan lebih mendapat perhatian.

Tip 3 : Jangan menjual atau mempromosikan produk atau peluang anda di dalam penulisan blog anda secara terang-terangan. Sebaliknya anda menulis blog untuk memberikan ilmu ataupun maklumat yang berguna kepada pembaca blog anda. Contohnya anda menulis tentang risiko akibat kegemukan. Anda berikan fakta-fakta yang berguna di dalam penulisan anda bagi memberikan pembaca blog anda pemahamam yang betul akibat risiko kegemukan. Ianya akan membina kepercayaan di antara anda dan pembaca blog anda

Tip 4 : Sekurangnya-kurangnya anda masukan url laman web anda sebagai anchor text di dalam penulisan blog anda dalam 3 situasi. Di perenggan pertama blog anda, di tengah dan di perenggan terakhir blog anda. Anchor text tersebut perlulah menggunakan kata kunci (keyowrd) yang di cari oleh ramai orang melalui enjin pencarian.

Tip 5 : Jika anda tidak pandai mengarang atau menulis blog gunakan kaedah menulis tip, langkah, sebab dan lain-lain. Sebagai contoh anda menulis blog bertajuk 3 sebab kenapa anda tidak mencapai matlamat anda. Jadi untuk menulis anda hanya perlu menulis di dalam bentuk bullet point. Ianya mudah, padat dan teratur. Anda mesti ingat pengunjung web biasanya tidak mempunyai masa yang panjang untuk membaca blog anda.

Teknik-teknik blogging dan lain-lain teknik pemasaran di internet akan di ajar secara percuma melalui Seminar “Usahawan Edagang Luarbiasa” yang di adakan setiap minggu pada hari Selasa jam  malam.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

3 tips menyedapkan minuman Rx Lite produk pelangsingan Dato Dr Noordin Darus

Filed Under (rx lite) by on 29-06-2010

Rx Lite produk pelangsingan formula daripada Dato Dr Nordin Darus sudah amat terkenal pada masa ini sejak di lancarkan pada November 2009.

Kombinasi kandungannya termasuk Asam Keping untuk menahan lapar dan membakar lemak, L-Carnithine untuk membakar lemak, DND fiber iaitu fiber terpilih yang memberikan rasa kenyang, dan pelbagai ramuan lagi yang membantu ramai pengguna merealisasikan impian bentuk badan yang ideal.

Walaupun produk ini, Rx Lite, sudah mempunyai rasa yang lazat dan enak kerana ianya mengandungi perasa koko jadi rasanya seperti minuman koko yang lain seperti milo. Rasanya yang sudah biasa di terima pengguna, maka amat ramai sekali pengguna yang mencari-cari produk ini di pasaran.

Untuk lebih menyedapkan lagi Rx Lite ini anda boleh melakukan 3 tips di bawah ini untuk menikmati Rx Lite pada kadar yang optimum seolah-olah anda bukan saja minum untuk mendapat bentuk badan yang ideal tetapi anda minum kerana ingin menikmati sedapnya Rx Lite !

Tip pertama : Anda boleh minum Rx Lite samada panas atau sejuk. Jika di minum panas untuk mendapat aroma dan rasa koko yang sebenar bancuh Rx Lite dalam cawan teh. Jadi rasanya akan lebih enak, pekat dan lazat. Tuangkan air panas maka anda mengambil sarapan pagi Rx Lite yang cukup menaikkan aroma koko di dalam nya ! Alangkah enaknya jika minum di waktu pagi di dalam cuaca yang sejuk dan berkabus …. Jika anda ingin mengambilnya secara sejuk, masukkan ketul ais ke dalam gelas yang sudah di bancuh dengan Rx Lite.

Tip kedua : Oleh kerana Rx Lite boleh di minum secara sejuk, kenapa tidak anda buatkan ais blended Rx Lite. Wah … memang lazat. jadi anda sendiri tidak terasa seperti minum untuk langsing tetapi anda juga dapat menikmati kelazatan Rx Lite ais blended.

Tip ketiga : Jika anda menggunakan Shaker yang diberikan di dalam setiap 1 set Rx Lite (2 kotak) anda boleh bancuh Rx Lite bersama Air kacang Soya. Memang lazat bagi penggemar air kacang soya. Di samping itu ia juga boleh mengenyangkan si pengguna. Jika anda suka minum susu, tambahkan susu rendah lemak ke dalam Rx Lite yang sudah di bancuh.

Kenapa tidak anda mencuba pelbagai kaedah lagi bagi menyedapkan Rx Lite yang anda minum. Nak lebih berkhasiat . Cuba blended kurma yang sudah di buangkan bijinya dan selepas kurma hancur tuangkan bancuhan Rx Lite ke dalam blended dan blend bersama …. anda dapat minuman Rx Lite dengan Jus Kurma . Berkhasiat lagi ….

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

7 sebab kenapa gagal di dalam MLM

Filed Under (mlm) by on 25-06-2010

Ramai yang gagal di dalam perniagaan MLM walaupun dah mencuba banyak kali.

Kebiasaannya selepas gagal beberapa kali mereka terus menyerah kalah
dan terus serik di dalam menjalankan perniagaan MLM.

Kenapa harus jadi begitu? Adakah industri MLM yang harus di persalahkan?

15 tahun di dalam MLM, saya ingin senaraikan 7 sebab kenapa gagal di
dalam MLM
. Saya mengenali MLM sejak 1995 tetapi kejayaan hanya
di capai pada 2005 di mana perniagaan MLM telah membolehkan saya
untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sepenuh masa sehingga
kini.

10 tahun di dalam MLM barulah saya berjaya merealisasikan impian saya
di dalam perniagaan yang sungguh luarbiasa ini.

Baiklah, mari kita senaraikan 7 sebab kenapa gagal di dalam MLM.

1) Minda (mindset)

Ramai yang menyertai MLM kerana ikut-ikut atau kerana melihat ada
rakan-rakan yang berjaya dan mereka ingin sama melakukannya.
Hanya ada budaya ikut-ikut dan tidak ada kesungguhan.

Bidang MLM adalah satu bidang yang amat berbeza dengan bidang
pekerjaan. Jadi perlu mindset yang betul. Tidak harus mempunyai
mindset seorang pekerja tetapi ingin melakukan perniagaan MLM.

Minda dari seorang pekerja (EMPLOYEE) mesti di tukar kepada
minda seorang usahawan (BUSINESS). Sebagai contoh seorang pekerja
bekerja kerana wang. Tetapi minda seorang usahawan ialah
bekerja kerana pengalaman. Dan wang akan datang selepas anda
menimba pengalaman dan mengaplikasikan apa yang betul untuk
sukses di dalam MLM. Dalam kata lain mengambil tindakan yang sewajarnya.

2) Tiada Matlamat yang jelas (kabur)

Oleh kerana menyertai MLM hanya ikut-ikutan dan ingin mencuba-cuba,
maka ramai yang tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Mereka tidak tahu apa yang mahu di capai, bila dan bagaimana.

3) Tidak tahu KENAPA (why) melakukan MLM

Ramai yang menyertai MLM tetapi tidak mempunyai SEBAB yang kuat
kenapa mereka menyertai MLM. Mungkin ada yang mempunyai sebab
tetapi mereka keliru. Biasanya terjadi kerana minda mereka
masih lagi berada di tahap sebagai seorang pekerja.

4) Tidak mempunyai pengetahuan yang kuat

Mereka tidak memahami pelan pemasaran, tidak tahu pengetahuan produk
dan juga tidak mengetahui tentang syarikat yang mereka wakili.

Kebiasaannya ini semua di ajar di dalam latihan-latihan dan seminar
yang di berikan oleh pihak syarikat atau upline, tetapi bagi
gologan ini mereka tidak berminat untuk hadir.

Dan salah satu puncanya kerana mereka tidak punyai sebab yang kuat
dan juga tidak ada matlamat yang jelas di dalam menjalankan perniagaan
MLM.

5) Tidak ikut sistem yang betul

MLM juga tidak lari daripada perniagaan yang lain-lain. Ada cara yang
boleh di lakukan dengan betul dan ada juga caranya di mana ianya di lakukan
dengan cara atau kaedah yang salah.

Jika melakukan MLM dengan cara dan mengikut sistem yang betul, pasti
bisnis MLM ini akan mencapai kejayaan. Cara dan kaedah yang salah,
mungkin akan menyebabkan kejayaan yang di capai tidak berkekalan.

6) Menyertai syarikat yang salah

Ada syarikat MLM yang berkekalan lama dan ada yang hanya bertahan
di dalam jangkamasa yang amat singkat.

Di sebalik keghairahan ramai orang ingin menjadi ahli pertama
dan menyertai syarikat yang baru, seringkali ianya membawa padah.

7) Cepat menyerah kalah

MLM adalah satu permainan masa yang panjang. Untuk membina jaringan yang
kukuh ianya mengambil masa yang lama. Ramai yang tidak sabar dalam
membina jaringan kerana minda mereka masih di dalam tahap pekerja,
maka jika hanya bonus yang kecil di terima pada peringkat awal mereka
akan awal-awal lagi menyerah kalah.

Padahal jika di tunggu dan terus melakukan sistem yang betul, pasti akan
ada hasil yang memberangsangkan kunjung tiba.

Untuk berjaya anda harus memperbetulkan ketujuh-tujuh perkara di atas.

Perubahan dan kejayaan akan mengambil masa yang panjang. Mungkin 2-4 tahun
tetapi ianya adalah lebih pendek daripada bekerja untuk selama 40 tahun.

Pilihan di tangan anda !

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Gemuk Punca Penyakit

Filed Under (kecantikan) by on 04-06-2010

Ini adalah abstract daripada keratan akhbar tentang masalah kegemukan yang melanda dunia dan Malaysia pada khasnya.

PUTRAJAYA 12 Jun – Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.

Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.
Trend obesiti yang serupa, katanya, turut melanda kanak-kanak.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk

‘‘Kalau dulu mungkin orang yang gebu, gempal serta gemuk dikatakan sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana.

“Gejala 3G sekarang sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak,” kata Soi Lek pada seminar kesihatan Masalah 3G dan Kesannya Kepada Kesihatan Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.

Soi Lek berkata, berbanding kajian serupa 10 tahun lalu, jumlah penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berlebihan berat badan adalah 16.6 peratus sementara kegemukan dianggarkan 4.4 peratus.

Beliau menambah, Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah kegemukan kedua tertinggi.

Tegasnya, pendidikan kesihatan yang betul amat penting kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, diabetes dan strok.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.

‘‘Kegemukan juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau ‘osteoartritis’ yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka,” katanya.

Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan.

Sehubungan itu, Soi Lek mahu dua amalan asas dipatuhi oleh semua terutama kanak-kanak iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal mencukupi.

‘‘Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah 3G perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu,” katanya.

Soi Lek menambah, penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed