Dalam menjalankan perniagaan Network Marketing ini , membuat penajaan adalah aktiviti UTAMA yang hendak atau tidak anda MESTI lakukan. Ramai yang bertanya , perlu menaja ke? Jawapannya YA walaupun ada individu yang membawa slogan tidak perlu menaja …. Tetapi anda perlu bertanya kepada diri anda, habis tur kenapa dia penaja ? Jadi hakikatnya menaja adalah TUNJANG di dalam menjayakan perniagaan Network Marketing anda !
Di sini saya sarankan 4 langkah di dalam menjalankan penajaan secara bersistematik.
Langkah 1 : Menyalurkan prospek ke dalam pipeline penajaannya . Ini adalah asas yang pertama untuk di lakukan. Pada tahap ini anda perlu mendapatkan prospek terlebih dahulu samada ianya adalah kenalan anda, kaum keluarga, referal daripada rakan-rakan anda dan juga prospek yang di perolehi daripada pengiklanan dan promosi yang anda lakukan samada di online (facebook, iklan, emel) dan offline.
Langkah 2 : Contact atau menghubungi dan membuat tindakan susulan. Ini adalah langkah yang paling KRITIKAL. Jika anda mempunyai prospek tetapi tidak boleh menghubungi dan membuat tindakan susulan (follow-up) maka proses penajaan anda akan terbantut. Pada kebiasaanya adalah perlu menghubungi prospek anda secara berterusan kerana ada masanya sewaktu anda membuat panggilan mungkin bukan pada masa yang sesuai.
Langkah 3 : Membuat persembahan produk atau peluang perniagaan. Ini adalah fasa di mana anda sudah mendapat kebenaran ataupun “signal” daripada prospek anda untuk membuat persembahan produk. Ada pelbagai cara untuk anda lalui fasa ini. Anda boleh membuat persembahan one-to-one, secara berkumpulan ataupun melalui web conference dan lain-lain. Ini adalah fasa di mana selepas anda membuat persembahan, prospek akan membuat pemilihan samada apa yang anda sembahkan memberikan manfaat kepada beliau atau ianya “make sense” atau masuk akal dari segi pemikiran prospek anda. Penampilan pertama ataupun “first impression” adalah amat penting di dalam fasa ini.
Langkah 4 : Membuat closing atau penutup. Di sinilah puncak bagi segala langkah-langkah penajaan yang telah anda lalui. Jika closing tidak dapat di capai pada saat ini, anda perlu terus menghubungi prospek anda dengan kembali semula melakukan langkah ke 2 (iaitu membuat follow up). Dan perlu juga untuk anda menyalurkan prospek ke dalam pipeline anda dengan meminta referal daripada beliau.
Baiklah ini adalah 4 langkah penajaan yang perlu di lalui. Namun ianya bukan lah penghujung di dalam anda membina sebuah empayar perniagaan Network Marketing yang kukuh kerana ada 2 lagi perkara yang perlu anda lakukan sehingga berjaya. Di dalam sistem yang saya gunapakai di dalam membina jaringan yang kukuh di dalam program Projekcopycat ialah sistem RTD iaitu :
R – stand for RECRUIT
T – stand for TEACH
D – stand for DUPLICATING
Jadi 4 proses di atas hanyalah untuk R sahaja ialah recruiting proses.
Jika anda mahu mendapatkan satu sistem pembelajaran untuk sukses di dalam membina empayar perniagaan Network Marketing melalui Projek Copycat 773 bersama Worldwellness Network sila klik di sini .
Tweet This Post