Rahsia Langsing Sepanjang Hayat

Dapatkan e-buku percuma rahsia bagaimana anda boleh langsing sepanjang hayat. klik pada link di bawah ini. Rahsia Langsing Sepanjang Hayat!


Percuma Rahsia Pemasaran SMS

Siapa lagi yang ingin tahu rahsia bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya menggunakan teknik pemasaran SMS secara percuma. Klik pada link di bawah ini. Percuma Rahsia Pemasaran SMS !

1smscafe2u.net

7 sebab kenapa memilih Worldwellness Network

Filed Under (mlm) by on 25-07-2010

rx lite dan worldwellness

rx lite dan worldwellness

Di antara syarikat MLM yang semakin terkenal sekarang ini ialah Worldwellness Network.
Di sepanjang 7 tahun WWN bertapak keahlian mencecah 50,000 orang tetapi dengan pelancaran produk pelangsingan badan Rx Lite di dalam jangkamasa tidak sampai setahun pertambahan keahlian meningkat lebih 40,000 orang.

Ada 7 sebab kenapa WWN atau Worldwellness Network sekarang ini menjadi pilihan sebagai landasan menjana pendapatan sampingan melalui Network Marketing.

1) Syarikat WWN memasarkan produk yang merupakan produk-produk yang mendapat perhatian pada masa ini. Trend semasa di Malaysia adalah produk-produk yang berkaitan dengan 3 topik iaitu pelangsingan, penapis air dan minyak wangi. WWN memasarkan dengan jayanya 2 produk trend semasa iaitu produk pelangsingan badan Rx Lite dan juga produk penapis air berjenama Rx Water yang di berikan nafas baru denga pelancaran All The New Rx Water. Rx Lite mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei kerana harganya yang amat berpatutan, rasanya yang sedap dan reputasi Dato Dr Nordin Darus itu sendiri. Malahan Rx Lite produk pelangsingan badan yang terkenal ini sudah mula mendapat permintaan di Indonesia, India dan Eropah.

2) WWN merupakan satu syarikat MLM yang berani mengikut arus dan peredaran masa dengan memperkenalkan konsep e-dagang di dalam sistem pemasarannya. Pengguna dan ahli secara tidak langsung tidak perlu keluar ke rumah untuk membeli produk. Mereka boleh saja login ke dalam member area di dalam laman web WWN untuk membuat tempahan. Produk akan terus sampai ke rumah. Inilah konsep home based business yang sebenarnya. Ahli juga boleh memiliki laman web e-dagang WWN dengan langganan RM20 untuk setahun. Laman web ini membolehkan ahli untuk menaja ahli baru dan menjual produk dengan menggunakan internet semata-mata. Di samping itu WWN juga memperkenalkan produk dan menyebarkan aktiviti syarikat melalui laman web social seperti Facebook dan Twitter. Oleh itu mesej yang ingin di sampaikan dengan cepat akan sampai kepada pengguna dan ahli ini kerana laman web Facebook dan twitter membolehkan ahli berkongsi maklumat dengan cepat. Contoh laman web e-dagang WWN ialah http://naznina.worldwellness.com.my

3) WWN juga menyediakan sistem pengiklanan untuk membantu ahli-ahli memasarkan produk seperti Rx Lite dan All The New Rx water di seluruh Malaysia. Platform yang disediakan seperti pengiklanan satu muka surat di dalam akhbar harian seperti Harian Metro, Kosmo dan Sinar. Ahli boleh mendaftar dan memasukan nombor telefon mereka dengan hanya modal RM100 ke RM200 untuk 4 atau 8 kali keluaran di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia. Dengan itu, ianya dapat membantu pengedara mendapatkan ahli dan pelanggan baru.

4) WWN adalah syarikat yang sudah stabil kerana telah beroperasi lebih daripada 7 tahun. Malahan pada tahun 2011 bangunan baru WWN akan siap di PJ Commercial Center. Ianya merupakan satu permulaan yang baru buat WWN. Worldwellness juga telah di nobatkan di antara 50 syarikat MLM terbaik di Malaysia baru-baru ini. Senarai penuh 50 syarikat MLM terbaik di Malaysia boleh di perolehi di laman web www.bestmlm.com.my . Ini membuktikan WWN adalah merupakan syarikat yang berwibawa dan tergolong di dalam syarikat terbaik di Malaysia pada masa ini.

5) WWN memasarkan produk yang berkualiti. Di antara cerita WWN yang tidak terdapat di dalam syarikat MLM yang lain ialah kerana ianya di tubuhkan di atas dasar sembuhnya Dato Dr Nordin Darus daripada penyakit leukimia yang di alaminya melalui pengamalan Rx Water. Oleh itu kualiti produk-produk yang di keluarkan mesti di pastikan kehebatannya di dalam membantu meringankan sakit kepada pengguna. Sudah terbukti produk seperti Rx Lite berkesan di dalam pelangsingan badan, Rx Water berkesan di dalam memberikan tahap kesihatan yang sempurna manakala Rx Tra boleh membantu memulihkan sel-sel di dalam badan.

6) Pelan pemasaran WWN amat sesuai bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada pemimpin MLM yang ingin melakukan bisnes ini secara sepenuh masa. Sebagai contoh Fast Track plan adalah pelan yang memberikan pulangan di peringkat awal di mana 82% di berikan di 4 generasi yang pertama iaitu 30% di generasi pertama, 10% di generasi kedua, 30% di generasi ketiga dan 12% di generasi ke empat. Manakala Master Plan adalah pelan jangka panjang yang mampu memberikan pendapatan residual kepada sesiapa yang menjalankan bidang keusahawanan bersama WWN.

7) Sistem pembelajaran yang tersedia ada. Di dalam WWN ahli di wajibkan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 2 modul latihan asas iaitu Rx Basic yang di adakan selama 1 hari dan Rx Power yang di adakan selama 2 hari 1 malam. Dengan adanya sistem pembelajaran yang mantap, ahli-ahli akan lebih mantap di dalam menjalankan aktiviti penajaan dan penjualan.

Inilah 7 sebab kenapa WWN menjadi salah satu syarikat MLM yang sedang berkembang pesat sekarang ini . Di Smart Success Network kami menyediakan support sistem tambahan kepada ahli-ahli yang bernaung di dalam SSN iaitu sistem laman web replika ahli dan juga Web seminar mingguan di internet . Web replika adalah seperti web Projekcopycat dengan klik di sini.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

RxTra membantu pesakit diabetes dan mengimbangkan kandungan gula dalam darah

Filed Under (motivasi) by on 21-07-2010

RxTra merupakan satau penemuan yang menakjubkan di dalam kesihatan sel.

Keistimewaan ramuan rxtra adalah gabungan daripada 5 bahan utama semulajadi.

1) Shilajit

Di perolehi daripada batuan di kawasan banjaran himalaya
Merupakan sejenis mineral yang menitik daripada celahan rekahan batu pada musim panas
Membantu dalam mengurangkan masalah penghadaman, meningkatkan daya ingatan, membantu menangani tekanan, penyakit diabetes, mengurangkan masalah alergik, dan memperbaiki kualiti hidup.
Membantu membawa nutrien jauh ke dalam tisu dan membuang toksin
Mempercepatkan pergerakan mineral terutamanya kalsium, fosforus, dan magnesium ke dalam tisu otot dan tulang
Merangsang sistem imun dan mengimbangkan kandungan gula dalam darah
Membantu lemah tenaga batin

2) Asid Fulvic

Bahan utama dalam shilajit
Merupakan antioksidan dan radikal bebas yang sangat kuat
Membantu mengimbangkan semula sel
Mempunyai keupayaan untuk meningkatkan penyerapan vitamin, mineral, herba dan makanan
Melaraskan semula perjalanan hormon tiroid yang abnormal
Asid fulvic berfungsi sebagai agen penyelarasan dalam sistem imun dan boleh digunakan bersama ubat anti kanser yang lain

3) Vitamin C

Sejenis nutrien larut dalam air yang penting dalam hidup
Sejenis antioksidan dan boleh melindungi badan dari radikal bebas, yang mana boleh mengakibatkan penyakit jantung dan kanser
Melindungi kolestrol HDL (kolestrol baik) dari rosak
Bertanggungjawab menghasilkan kolagen dalam tisu badan

4) Kulit Anngur

Mencegah atau menghalang penuaan, diabetes, lebam, infeksi, kanser, penyakit jantung, mempercepatkan penyembuhan luka, masalah penglihatan
Kehadiran resveratrol di dalam kulit anggur menipiskan darah lebih efektif daripada aspirin

5) Asid Sitrik

Bahan pengawet semulajadi yang sangat baik
Digunakan untuk memberi rasa masam pada makanan dan minuman
Banyak di gunakan kerana kelebihannya yang mudah larut dan kurang bertoksik

Kebaikan dan khasiat RxTra :

1. Meningkatkan tenaga, protein dan metabolisma nucleic acid
2. Membantu pesakit diabetes dan mengimbangi gula dalam darah
3. Membantu peningkatan peredaran darah dan pencernaan makanan
4. Mempertingkatkan daya pertahanan diri (sistem imun) dan mempertingkatkan daya pemulihan selepas riadah
5. Melambatkan proses penuaan (awet muda)
6. Mengandungi anti-radang, anti radikal bebabs, anti-viral, dan anti-fungus
7. Tonik anti stress
8. Mengurangkan lemak dan kolestrol

cara menggunakan rxtra shilajit daripada worldwellness

cara menggunakan rxtra shilajit daripada worldwellness

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Debt-ridden young adults seek professional help on money management

Filed Under (motivasi) by on 19-07-2010

Debt-ridden young adults seek professional help on money management.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

5 perkara membantu kita melangkah ke hadapan kerana berimpian

Filed Under (motivasi) by on 12-07-2010

Impian terbukti membuatkan kita sukses

Impian terbukti membuatkan kita sukses

Impian terbukti memberikan kita satu kekuatan untuk melangkah ke hadapan. Impian tanpa tindakan hanyalah seperti angan-angan mat jenin semata-mata.

Kerana impianlah membuatkan manusia mendarat di bulan. Impian juga menjadikan sesuatu yang di anggap mustahil boleh menjadi kenyatan.

Ini di antara perkara-perkara yang akan menyebabkan kita mengambil tindakan di sebabkan satu impian .

  1. Impian memberikan kita satu jalan petunjuk untuk melangkah ke hadapan – dengan mempunyai impian ianya dapat memberikan kita satu gambaran petunjuk (matlamat) untuk kita melangkah ke hadapan. Dengan adanya impian kita akan dapat memberikan fokus di dalam membuat tindakan
  2. Impian meningkatkan prestasi keupayaan diri kita . Impian membuatkan kita melakukan lebih daripada yang selalu kita lakukan. Impian memberikan kita satu lonjakan kekuatan untuk melakukan sesuatu sehingga apa yang kita impi-impikan tercapai. Dengan impian kita lakukan yang terbaik setiap hari.
  3. Impian membolehkan kita memberikan prioriti di dalam kehidupan. Setiap hari kita mempunyai matlamat untuk di capai bagi menyempurnakan impian kita. Impian membolehkan kita set apa yang penting, apa yang hanya bersifat sementara dan apa yang tidak penting. Ini membolehkan kita fokus kepada prioriti di dalam mengejar impian yang kita sasarkan.
  4. Impian membuatkan apa yang kita lakukan begitu “berharga”. Kita akan merasakan apa yang kita lakukan setiap hari amat berbaloi dan begitu berharga sekali.  Jadi kita tidak akan sia-sia kan setiap detik  di dalam kehidupan kita.
  5. Impian membolehkan kita melihat masa depan kita . Dengan berimpian kita boleh menggambarkan apa yang kita akan kecapi di masa depan. Dengan menggunakan konsep gambaran atau visualization kita mampu melihat apa yang kita inginkan di dalam minda kita. Setiap apa yang berlaku sebenar terjadi terlebih dahulu di dalam minda kita. Impian membantu kita melihat diri sendiri di masa hadapan.

Inilah 5 perkara yang terjadi di sebabkan kita berimpian di dalam kehidupan kita. Jika anda berminat mendapatkan tips-tips motivasi di masa hadapan, layari blog ini selalu. Selamat berimpian dan anda boleh berimpian setinggi mana pun kerana impian datang dengan PERCUMA !

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Roadshow Rx water di Utara – Julai 2010

Filed Under (rx water) by on 08-07-2010

Mulai Isnin sehingga Rabu yang lepas, telah di adakan roadshow All the New Rx Water di Utara.

Program bermula pada hari Isnin jam 8:30 mlm di Safira Club, Seberang Jaya. Kehadiran amat menggalakan.
Bermula saja pada jam 9:00 mlm memang sudah full pax di dalam dewan seminar di Safira Club.

Selain daripada ilmu tentang All The new Rx water yang berjaya di ceduk oleh para hadirin pada malam tersebut, kami juga mendapat persetujuan WWN untuk mengadakan Rx Basic di Pulau Pinang secepat mungkin kerana permintaan untuk menjadi mobil stokis begitu hangat sekali.

Pada hari Selasa saya dan rakan-rakan turut menyertai Roadshow All the new Rx water di Emerald Hotel di Sungai Petani. Ada 3 orang rakan niaga di Sungai Petani yang bernaung di dalam Smart Success Network turut hadir …

Hari Rabu program aku memang pack … bertolak ke Alor Star dalam jam 6 petang dengan 2 orang rakan niaga lagi. Sampai di Hotel Seri Malaysia, Alor Star untuk solat maghrib dan terus pergi malam dulu di restoran berhampiran hotel. 3 orang lagi rakan niaga di Alor Star ikut serta sampai ke hotel.

Seminar bermula agak lambat bagi menanti kehadirin lebih ramai orang …

Selesai 3 malam berturut2 menimba ilmu tentang All The New Rx Water di Utara. Hampir lebih daripada 50 orang rakan niaga turut sama mendengar seminar tersebut di 3 buah tempat terutama sekali di Safira Club yang penuh sesak dengan ahli-ahli WWN dalam Smart Success Network.

Salam Sukses !

roadshow all the new rx-water

roadshow all the new rx-water

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

4 iktibar piala dunia untuk menjalankan MLM anda untuk menjana pendapatan

Filed Under (mlm) by on 05-07-2010

4-iktibar-jana-pendapatan

Sekarang ini musim Piala Dunia. Di mana-mana sekalipun kita akan melihat ramai orang bercakap mengenainya. Ramai yang mula bermain bolasepak pada sebelah petangnya. Pengaruh Piala Dunia begitu ketara di dalam masyarakat sedunia.

Banyak keputusan yang mengejutkan berlaku di dalam mana-mana Piala Dunia, termasuklah Piala Dunia kali ini yang di adakan di Afrika Selatan.
Kekalahan Brazil iaitu ranking pertama dunia di tangan Netherlands adalah di antara perkara-perkara yang di katakan mustahil tetapi berlaku juga akhirnya.

Ada iktibar ataupun pengajaran yang kita boleh ambil daripada apa yang berlaku di dalam perlawanan Brazil menentang Netherlands baru-baru ini. Mari kita lihat 4 iktibar yang boleh di ambil kira di dalam menjalankan perniagaan MLM untuk menjana pendapatan berterusan kepada anda.

Iktibar pertama : Orang yang biasa-biasa pun boleh menjadi luarbiasa

Berdasarkan kekuatan dan prestasi pemain, Brazil adalah jauh lebih baik daripada pemain Belanda. Namun nama seperti Kaka, Robinho dan lain-lain tenggelam dengan kehebatan pemain biasa-biasa seperti Robben dan Kuyt. Di dalam bolasepak, teamwork amat penting dan pasukan yang berjaya memainkan peranan teamwork akan berjaya. Mereka juga mengikuti sistem yang di ajarkan dengan sempurna.Iktibar nya di sini walaupun anda adalah orang yang biasa-biasa dan tidak pernah berjaya di dalam MLM sebelum ini sebenarnya boleh menyerlah sekiranya anda mengikuti sistem yang betul dan bekerja secara berkumpulan (teamwork). Anda tidak perlu menjadi seorang superstar untuk berjaya !

Iktibar kedua : Kesungguhan dan komitment akan membuahkan hasil pada akhirnya

Sepanjang separuh masa pertama Brazil adalah pasukan yang mengasak Belanda dengan hebat dan mereka berjaya menjaringkan gol. Pada separuh masa kedua pula, Belanda mula mengorak langkah dan pada setiap saat setiap peluang yang ada adalah dengan mengasak Brazil dengan hebatnya. Tanpa ada rasa jemu mereka berkomitmen dan bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol. Akhirnya mereka berjaya, malah bukan dengan satu gol sahaja tetapi 2 gol yang membawa mereka ke perlawanan separuh akhir menentang Uruguay.

Jika anda bersungguh-sungguh dan berkomitmen di dalam menjalankan perniagaan MLM anda dalam menjana pendapatan sampingan anda juga pasti berjaya. Kesungguhan dan komitmen akan mendorong kita untuk terus berjuang sehingga berjaya menghasilkan sesuatu yang membanggakan. Ianya akan mengambil masa kepada apa yang anda lakukan akan berbaloi di dalam jangkamasa yang panjang.

Iktibar ke tiga : Fokus pada apa yang anda inginkan (matlamat)

Ternyata selepas tertekan dan ketinggalan satu gol, pemain Brazil sudah mula hilang fokus kepada permainan. Selain daripada bola, kaki pemain Netherlands yang menjadi mangsanya. Jika anda hilang fokus kepada matlamat yang ingin anda capai, anda tidak akan dapat apa yang anda inginkan. Fokus amat penting kerana ia akan sentiasa menjadi panduan untuk anda meneruskan perjalanan di dalam mencapa tujuan anda menjalankan perniagaan MLM untuk menjana pendapatan sampingan.

Iktibar ke empat : Kawal emosi

Jika anda tidak dapat mengekang dan mengawal emosi pihak lawan akan menang. Ini lah yang terjadi kepada pasukan Brazil apabila para pemain gagal mengawal emosi masing-masing dan ianya memakan diri sendiri. Di dalam perniagaan MLM juga kita mesti mengawal emosi kerana emosi yang baik dan positif boleh memberikan kita peluang lebih banyak untuk melakukan sesuatu dengan baiknya.

Inilah 4 iktibar yang boleh di gunak pakai di dalam menjalankan perniagaan MLM untuk menjana pendapatan di internet dan offline.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

10 Mesti ada Gadget dan tool untuk menjalankan perniagaan MLM anda di internet

Filed Under (mlm) by on 01-07-2010

Dengan kehadiran teknologi IT yang semakin canggih, menjalankan perniagaan MLM tidak seperti dahulu lagi. Kini orang yang biasa-biasapun sudah mampu memperolehi pendapatan lumayan dengan menjalankan perniagaan MLM menggunakan internet.

Walau bagaimanapun anda perlu mempunyai tool atau gadget di bawah ini untuk benar-benar selesa dalam menjalankan perniagaan MLM anda secara online.

1) Komputer – Anda mesti memiliki komputer anda sendiri. Terbaik adalah untuk anda memiliki samada laptop ataupun netbook yang boleh di bawa ke mana sahaja anda pergi.

2) Internet – Jika sudah ada laptop tetapi tidak ada internet connection pun masalah juga. Walaupun sekarang di mana-mana sudah ada WIFI namun amat berbaloi jika anda mempunyai portable broadband anda sendiri. Di mana anda memerlukannya pasti modem broadband anda amat berharga sekali. Saya mempunyai talian streamyx di rumah tetapi saya juga mempunyai modem broadband yang boleh saya bawa ke mana sahaja. Seandainya tempat saya berjumpa prospek atau menunggu sesuatu event tidak ada internet connection, saya masih boleh ber online dengan menggunakan broadband saya.

3) Akaun emel – Mahu tidak mahu anda mesti ada akaun emel. Paling kurang samada yahoo, gmail atau MSN emel akaun. Saya lebih cendurung untuk mendapatkan emel akaun dengan gmail. Anda perlu ada sekurang-kurangnya satu emel akaun yang anda gunakan sebagai emel akaun utama dan sekurang-kurang satu lagi untuk anda gunakan di dalam kempen promosi anda di internet.

4) Blog - Blog amat penting di dalam kempen mempromosikan produk atau peluang perniagaan MLM anda di internet. Blog bukan sahaja menjadi satu cara untuk mendapatkan kedudukan yang baik di dalam enjin pencarian tetapi ia juga dapat menarik ramai pembaca blog sekiranya apa yang anda tulis atau post menarik minat ramai orang. Anda boleh mendapatkan blog secara percuma dengan mendaftar di www.blogger.com. Namun pilihan yang terbaik adalah dengan memiliki blog sendiri yang anda host kan dengan tapak laman web anda sendiri. Kebiasaannya anda akan menggunakan wordpress blog. Jika web host anda menggunakan sistem cpanel anda boleh install blog anda dengan mudah.

5) Instant Messaging – Ianya adalah peralatan komunikasi yang amat berkesan di dalam menjalankan perniagaan MLM di internet samada sebagai tool untuk mendapatkan prospek atau pun memberikan tunjuk ajar kepada jaringan dan downline anda secara online. Di antara yang popular ialah Yahoo Messenger dan juga Skype.

6) Facebook – di era sekarang ini, jika anda tidak punyai akaun facebook anda akan ketinggalan zaman. Kedudukan Facebook di Malaysia menurut ranking terbaru di alexa.com adalah laman web yang paling ramai pengunjung di Malaysia iaitu di tangga pertama. Oleh kerana itu FB boleh di jadikan tempat untuk mendapatkan rakan dan juga potensi rakan niaga atau pelanggan. Namun anda perlu tahu cara dan kaedah untuk mendapatkan rakan niaga dan pelanggan untuk produk atau peluang anda. Contoh Facebook akaun ialah seperti ini dengan klik di sini

7) MySpace – selain daripada Facebook , Myspace juga adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan prospek dan rakan niaga. Berbaloi untuk anda memiliki akaun di Myspace

8) Twitter – Twitter adalah mini blog atau lebih di kenali sebagai micro blogging. Jika anda jenis yang malas menulis, twitter amat sesuai kerana anda hanya di berikan 140 patah perkataan sahaja di dalam setiap tweet yang anda tulis. Twitter semakin terkenal kerana ianya mudah dan tidak terlalu teknikal. Anda boleh lihat sampel twitter dengan follow saya di dalam twitter saya dengan klik di sini .

9) Youtube – Video merupakan antara benda yang amat di minati di internet. Ribuan video di masukkan ke dalam youtube dan website video sharing yang lain. Jika anda belum menggunakan youtube di dalam kempen perniagaan anda, anda perlu lakukan sekarang kerana video yang betul cara pembikinannya dengan tag dan katakunci yang tepat  akan mendapat ranking / kedudukan yang baik di dalam enjin pencarian seperti google, yahoo dan MSN.

10) Handphone – tidak dapat di nafikan walaupun anda menjalankan perniagaan di internet, handphone masih lagi merupakan tool komunikasi yang tidak boleh di tinggalkan. Ianya penting di dalam strategi perniagaan anda. SMS merupakan di antara cabang-cabang pemasaran yang efektik di dalam membuat tindakan susulan dan menyebarkan promosi dan kempen. Saya menggunakan sistem bulk sms untuk menghantar maklumat kepada jaringan, prospek dan pelanggan. Ianya mudah dan murah. Hanya dengan satu klik anda sudah boleh menghantar ratusan dan ribuan sms kepada downline, prospek dan pelanggan anda. Dengan kadar 6 sen per sms ianya amat berbaloi. Anda boleh layari web ini untuk sistem bulk sms dengan kadar SMS 6 sen sahaja. Di dalam mengurangkan perbelanjaan bil handphone saya menggunakan call back sistem enumX . Dengan enumX anda boleh jimat hampir 80% daripada bil handphone anda ! Dengan hanya minima RM76 anda mendapat 500 minit perbualan ! Sila layari enumx untuk maklumat lanjut dengan klik di sini

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

5 tips mudah menulis blog untuk enjin pencarian dan menarik minat pembaca blog

Filed Under (buat duit) by on 30-06-2010

Anda sudah memiliki blog atau belum? Blog merupakan salah satu tool yang paling berkesan di dalam mempromosikan perniagaan anda di internet di samping membina kredabiliti atau reputasi anda di dalam bidang yang anda ceburi. Jika anda belum memliki blog, inilah masanya untuk bermula.Blog membantu anda meningkatkan trafik ke dalam laman web anda melalui pelbagai kaedah.

Mungkin ramai yang tidak memiliki blog kerana mereka merasakan mereka tidak pandai dalam menulis sesuatu. Di sini saya ingin berikan 5 tips mudah untuk anda menulis blog yang boleh meningkatkan ranking web anda di dalam enjin pencarian seperti google di samping ianya berkualiti untuk di baca oleh pembaca blog.

Tip 1 : Fokus kepada produk atau peluang yang ingin anda promosikan di internet. Sebagai contoh jika anda memasarkan produk pelangsingan cuba menulis blog tentang pelangsingan tetapi memastikan kata kunci (keyword) tentang apa yang anda tulis adalah kata kunci atau keyword yang di cari oleh orang melalui internet. Anda boleh mendapatkan anggaran berapa banyak orang mencari kata kunci (keyword) tersebut dengan menggunakan google external keyword tool.

Tip 2 : Menulis dalam kaedah seolah-olah di dalam perbualan. Anda bukannya menulis untuk akhbar atau majalah, anda menulis di dalam blog untuk tatapan orang-orang biasa seperti anda. Jadi bahasa yang bersahaja dan seolah-olah seperti perbualan akan lebih mendapat perhatian.

Tip 3 : Jangan menjual atau mempromosikan produk atau peluang anda di dalam penulisan blog anda secara terang-terangan. Sebaliknya anda menulis blog untuk memberikan ilmu ataupun maklumat yang berguna kepada pembaca blog anda. Contohnya anda menulis tentang risiko akibat kegemukan. Anda berikan fakta-fakta yang berguna di dalam penulisan anda bagi memberikan pembaca blog anda pemahamam yang betul akibat risiko kegemukan. Ianya akan membina kepercayaan di antara anda dan pembaca blog anda

Tip 4 : Sekurangnya-kurangnya anda masukan url laman web anda sebagai anchor text di dalam penulisan blog anda dalam 3 situasi. Di perenggan pertama blog anda, di tengah dan di perenggan terakhir blog anda. Anchor text tersebut perlulah menggunakan kata kunci (keyowrd) yang di cari oleh ramai orang melalui enjin pencarian.

Tip 5 : Jika anda tidak pandai mengarang atau menulis blog gunakan kaedah menulis tip, langkah, sebab dan lain-lain. Sebagai contoh anda menulis blog bertajuk 3 sebab kenapa anda tidak mencapai matlamat anda. Jadi untuk menulis anda hanya perlu menulis di dalam bentuk bullet point. Ianya mudah, padat dan teratur. Anda mesti ingat pengunjung web biasanya tidak mempunyai masa yang panjang untuk membaca blog anda.

Teknik-teknik blogging dan lain-lain teknik pemasaran di internet akan di ajar secara percuma melalui Seminar “Usahawan Edagang Luarbiasa” yang di adakan setiap minggu pada hari Selasa jam  malam.

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

3 tips menyedapkan minuman Rx Lite produk pelangsingan Dato Dr Noordin Darus

Filed Under (rx lite) by on 29-06-2010

Rx Lite produk pelangsingan formula daripada Dato Dr Nordin Darus sudah amat terkenal pada masa ini sejak di lancarkan pada November 2009.

Kombinasi kandungannya termasuk Asam Keping untuk menahan lapar dan membakar lemak, L-Carnithine untuk membakar lemak, DND fiber iaitu fiber terpilih yang memberikan rasa kenyang, dan pelbagai ramuan lagi yang membantu ramai pengguna merealisasikan impian bentuk badan yang ideal.

Walaupun produk ini, Rx Lite, sudah mempunyai rasa yang lazat dan enak kerana ianya mengandungi perasa koko jadi rasanya seperti minuman koko yang lain seperti milo. Rasanya yang sudah biasa di terima pengguna, maka amat ramai sekali pengguna yang mencari-cari produk ini di pasaran.

Untuk lebih menyedapkan lagi Rx Lite ini anda boleh melakukan 3 tips di bawah ini untuk menikmati Rx Lite pada kadar yang optimum seolah-olah anda bukan saja minum untuk mendapat bentuk badan yang ideal tetapi anda minum kerana ingin menikmati sedapnya Rx Lite !

Tip pertama : Anda boleh minum Rx Lite samada panas atau sejuk. Jika di minum panas untuk mendapat aroma dan rasa koko yang sebenar bancuh Rx Lite dalam cawan teh. Jadi rasanya akan lebih enak, pekat dan lazat. Tuangkan air panas maka anda mengambil sarapan pagi Rx Lite yang cukup menaikkan aroma koko di dalam nya ! Alangkah enaknya jika minum di waktu pagi di dalam cuaca yang sejuk dan berkabus …. Jika anda ingin mengambilnya secara sejuk, masukkan ketul ais ke dalam gelas yang sudah di bancuh dengan Rx Lite.

Tip kedua : Oleh kerana Rx Lite boleh di minum secara sejuk, kenapa tidak anda buatkan ais blended Rx Lite. Wah … memang lazat. jadi anda sendiri tidak terasa seperti minum untuk langsing tetapi anda juga dapat menikmati kelazatan Rx Lite ais blended.

Tip ketiga : Jika anda menggunakan Shaker yang diberikan di dalam setiap 1 set Rx Lite (2 kotak) anda boleh bancuh Rx Lite bersama Air kacang Soya. Memang lazat bagi penggemar air kacang soya. Di samping itu ia juga boleh mengenyangkan si pengguna. Jika anda suka minum susu, tambahkan susu rendah lemak ke dalam Rx Lite yang sudah di bancuh.

Kenapa tidak anda mencuba pelbagai kaedah lagi bagi menyedapkan Rx Lite yang anda minum. Nak lebih berkhasiat . Cuba blended kurma yang sudah di buangkan bijinya dan selepas kurma hancur tuangkan bancuhan Rx Lite ke dalam blended dan blend bersama …. anda dapat minuman Rx Lite dengan Jus Kurma . Berkhasiat lagi ….

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

7 sebab kenapa gagal di dalam MLM

Filed Under (mlm) by on 25-06-2010

Ramai yang gagal di dalam perniagaan MLM walaupun dah mencuba banyak kali.

Kebiasaannya selepas gagal beberapa kali mereka terus menyerah kalah
dan terus serik di dalam menjalankan perniagaan MLM.

Kenapa harus jadi begitu? Adakah industri MLM yang harus di persalahkan?

15 tahun di dalam MLM, saya ingin senaraikan 7 sebab kenapa gagal di
dalam MLM
. Saya mengenali MLM sejak 1995 tetapi kejayaan hanya
di capai pada 2005 di mana perniagaan MLM telah membolehkan saya
untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sepenuh masa sehingga
kini.

10 tahun di dalam MLM barulah saya berjaya merealisasikan impian saya
di dalam perniagaan yang sungguh luarbiasa ini.

Baiklah, mari kita senaraikan 7 sebab kenapa gagal di dalam MLM.

1) Minda (mindset)

Ramai yang menyertai MLM kerana ikut-ikut atau kerana melihat ada
rakan-rakan yang berjaya dan mereka ingin sama melakukannya.
Hanya ada budaya ikut-ikut dan tidak ada kesungguhan.

Bidang MLM adalah satu bidang yang amat berbeza dengan bidang
pekerjaan. Jadi perlu mindset yang betul. Tidak harus mempunyai
mindset seorang pekerja tetapi ingin melakukan perniagaan MLM.

Minda dari seorang pekerja (EMPLOYEE) mesti di tukar kepada
minda seorang usahawan (BUSINESS). Sebagai contoh seorang pekerja
bekerja kerana wang. Tetapi minda seorang usahawan ialah
bekerja kerana pengalaman. Dan wang akan datang selepas anda
menimba pengalaman dan mengaplikasikan apa yang betul untuk
sukses di dalam MLM. Dalam kata lain mengambil tindakan yang sewajarnya.

2) Tiada Matlamat yang jelas (kabur)

Oleh kerana menyertai MLM hanya ikut-ikutan dan ingin mencuba-cuba,
maka ramai yang tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Mereka tidak tahu apa yang mahu di capai, bila dan bagaimana.

3) Tidak tahu KENAPA (why) melakukan MLM

Ramai yang menyertai MLM tetapi tidak mempunyai SEBAB yang kuat
kenapa mereka menyertai MLM. Mungkin ada yang mempunyai sebab
tetapi mereka keliru. Biasanya terjadi kerana minda mereka
masih lagi berada di tahap sebagai seorang pekerja.

4) Tidak mempunyai pengetahuan yang kuat

Mereka tidak memahami pelan pemasaran, tidak tahu pengetahuan produk
dan juga tidak mengetahui tentang syarikat yang mereka wakili.

Kebiasaannya ini semua di ajar di dalam latihan-latihan dan seminar
yang di berikan oleh pihak syarikat atau upline, tetapi bagi
gologan ini mereka tidak berminat untuk hadir.

Dan salah satu puncanya kerana mereka tidak punyai sebab yang kuat
dan juga tidak ada matlamat yang jelas di dalam menjalankan perniagaan
MLM.

5) Tidak ikut sistem yang betul

MLM juga tidak lari daripada perniagaan yang lain-lain. Ada cara yang
boleh di lakukan dengan betul dan ada juga caranya di mana ianya di lakukan
dengan cara atau kaedah yang salah.

Jika melakukan MLM dengan cara dan mengikut sistem yang betul, pasti
bisnis MLM ini akan mencapai kejayaan. Cara dan kaedah yang salah,
mungkin akan menyebabkan kejayaan yang di capai tidak berkekalan.

6) Menyertai syarikat yang salah

Ada syarikat MLM yang berkekalan lama dan ada yang hanya bertahan
di dalam jangkamasa yang amat singkat.

Di sebalik keghairahan ramai orang ingin menjadi ahli pertama
dan menyertai syarikat yang baru, seringkali ianya membawa padah.

7) Cepat menyerah kalah

MLM adalah satu permainan masa yang panjang. Untuk membina jaringan yang
kukuh ianya mengambil masa yang lama. Ramai yang tidak sabar dalam
membina jaringan kerana minda mereka masih di dalam tahap pekerja,
maka jika hanya bonus yang kecil di terima pada peringkat awal mereka
akan awal-awal lagi menyerah kalah.

Padahal jika di tunggu dan terus melakukan sistem yang betul, pasti akan
ada hasil yang memberangsangkan kunjung tiba.

Untuk berjaya anda harus memperbetulkan ketujuh-tujuh perkara di atas.

Perubahan dan kejayaan akan mengambil masa yang panjang. Mungkin 2-4 tahun
tetapi ianya adalah lebih pendek daripada bekerja untuk selama 40 tahun.

Pilihan di tangan anda !

Post to Twitter Tweet This Post

Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed